Utusan Borneo (Sarawak)

Kabinet India lulus MoU dengan Malaysia dalam bidang kesetiausa­haan syarikat

-

Kabinet India yang dipengerus­ikan Perdana Menteri Narendra Modi, meluluskan perjanjian antara badan setiausaha syarikat India dan Malaysia dalam usaha untuk meningkatk­an standard profesion berkenaan, selain memudahkan pergerakan setiausaha syarikat di rantau Asia Pasifik, kata kenyataan kerajaan pada Rabu.

Persatuan Setiausaha Syarikat Malaysia (MACS) dan Institut Setiausaha Syarikat India (ICSI) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) bagi mengukuhka­n kerjasama dan meningkatk­an status dan prestij profesion setiausaha syarikat di keduadua negara.

Mereka juga berusaha menggalakk­an pergerakan setiausaha syarikat di Asia.

MACS ialah badan profesiona­l bebas yang dikawal sendiri, manakala ICSI berfungsi untuk membangun dan mengawal profesion setiausaha syarikat di India.

Kementeria­n Hal Ehwal Korporat India yangmengaw­a selia ICSI, meluluskan permohonan MACS pada 2017 untuk mengguna pakai standard kesetiausa­haan India sebagai penanda aras dalam membangunk­an peraturan profesiona­lnya sendiri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia