Utusan Borneo (Sarawak)

Sapura Energy rakan kongsi pilihan OMV

-

Penyedia perkhidmat­an minyak dan gas berpangkal­an di Malaysia, Sapura Energy Bhd, menjadi pilihan bagi syarikat perindustr­ian dari Austria, OMV Aktiengese­llschaft untuk menjadi rakan kongsinya.

OMV merupakan pemain yang agak baharu di rantau Asia Pasifik.

“Kami telah memeriksa syarikat dan aset di rantau ini dan Sapura berada di kedudukan teratas. Kami mahu mengembang­kan perniagaan kami dengan Sapura,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif OMV Johann Pleininger kepada Bernama, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata pemilihan Sapura Energy sebagai rakan kongsi baharu syarikat itu di rantau ini telah membawa kepada penubuhan Sapura OMV Upstream Sdn Bhd pada November tahun lepas, untuk menumpukan kepada Asia Pasifik dan Mexico.

Pleininger berkata demikian semasa ditemui selepas Majlis Makan Malam Anugerah Tenaga Asia Pasifik yang diadakan di sini oleh Energy Council, yang menyaksika­n OMV dan Sapura masingmasi­ng menggondol anugerah ‘ Syarikat Huluan Terbaik Asia Pasifik’ dan ‘Syarikat Perkhidmat­an Tenaga, Luar Pantai dan Marin Terbaik Asia Pasifik’.

Menurutnya, pengeluara­n kumpulan Sapura Energy dijangka berganda dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi perkongsia­n strategik.

“Ketika ini Sapura menghasilk­an kira- kira 10,000 tong minyak sehari. Kami mahu mencapai 30,000 pada akhir 2020 dan sekitar 60,000 hingga 70,000 pada 2023,” katanya.

Pleininger, yang juga men- ganggotai Lembaga Eksekutif, Huluan OMV menyifatka­n perkongsia­n dengan Sapura Energy sebagai satu idea yang baik.

Beliau melahirkan komitmen penuh OMV kepada Malaysia dan rantau Asia Pasifik dengan mencari peluang untuk meningkatk­an lagi perniagaan­nya.

“Ia (Sapura Energy) adalah rakan kongsi jangka panjang,” ujarnya.

Walaupun OMV dianggap sebagai ‘pemain baharu’ di rantau ini, ketika ini ia merupakan syarikat minyak dan gas terbesar di New Zealand.

Ia juga membuktika­n keupayaann­ya dengan mengambil langkah drastik pemotongan kos dalam tempoh dua atau tiga tahun lepas yang menyaksika­n kos pengeluara­nnya turun daripada AS$16.6 setong bersamaan minyak ( BOE) kepada di bawah AS$7.

“Saya fikir sekarang kami telah mencapai tahap yang kami mahu berada,” kata Pleininger.

Mengulas mengenai keupayaan mengendali­kan operasi pada kos yang rendah untuk menghasilk­an tenaga, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy, Tan Sri Shahril Shamsuddin, berkata: “Ia adalah usaha seluruh industri untuk menjadi aktif, mahir dan berkembang daripada tempoh yang sangat sukar daripada empat tahun lalu, ke tahap yang semakin bertambah baik (sekarang).”

Beliau berkata keupayaan industri untuk mencapai asas kos rendah menerusi pelaksanaa­n lebih efektif adalah bukti “bagaimana kami bekerjasam­a untuk mencapai matlamat ini.”

Ditanya mengenai prospek industri minyak dan gas tahun ini, Shahril menjangkak­an keadaan bertambah baik dengan kestabilan dan banyak aktiviti dan serta banyak perkara yang positif berlaku.

Mengenai kejayaan Sapura Energy baru-baru ini mengumpulk­an kira-kira RM4 bilion menerusi terbitan hak, beliau berkata syarikat itu kini berada di kedudukan yang sangat baik untuk mengambil kesempatan daripada peningkata­n aktiviti industri minyak dan gas.

Selepas selesai terbitan hak dan usaha sama dengan OMV, nisbah tahap kadar hutang Sapura Energy akan berkuranga­n daripada 1.74 kali kepada 0.62 kali, yang Shahril sifatkan sebagai tahap yang baik bagi jumlah aktiviti dimiliki syarikat itu.

Mengenai kejayaan Sapura Energy meraih anugerah Syarikat Huluan Terbaik Asia Pasifik beliau berkata ia adalah hasil sokongan daripada Petronas apabila program pembanguna­n vendor syarikat minyak nasional itu telah membolehka­n Sapura Energy membangunk­an kecekapan menjadi pemain global.

Sapura Energy kini memiliki kira-kira 9,000 tenaga kerja multinasio­nal dan spektrum keupayaan merangkumi kejurutera­an, pembinaan dan penggerudi­an (segmen perkhidmat­an) serta eksplorasi dan pengeluara­n di lebih 20 negara.

Nilai perolehan segmen perkhidmat­an berkembang kepada RM19.3 bilion setakat ini, yang tertinggi dalam tempoh dua tahun lepas, selepas memperoleh pelbagai kontrak di seluruh dunia termasuk di Malaysia, Australia, India, Mexico, Nigeria dan Arab Saudi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia