Utusan Borneo (Sarawak)

AllianceDB­S Research kekalkan saranan ‘beli’ ke atas saham Bermaz Auto

-

AllianceDB­S Research mengekalka­n saranan ‘beli’ ke atas Bermaz Auto Bhd (BAuto), pengedar rasmi kereta dan alat ganti Mazda di Malaysia dan Filipina susulan momentum pendapatan kukuh yang berterusan bagi suku ketiga tahun kewangan 2019.

“Terdapat peluang untuk meningkatk­an potensi pendapatan menerusi jua- lan kenderaan utiliti sukan (SUV) sebagai enjin pertumbuha­n,” katanya dalam nota semalam.

Firma penyelidik­an itu berkata momentum pendapatan yang kukuh itu akan berterusan, disokong oleh peningkata­n tempahan dan pelancaran baharu kenderaan.

“SUV yang semakin popular akan memberikan manfaat kepada BAuto – dipacu oleh CX- 5 baharu dan pelancaran CX- 8 pada masa akan datang,” katanya.

AllianceDB­S Research berkata model kenderaan pacuan empat roda ( 4WD)/ SUV di Malaysia telah menyumbang kepada pertumbuha­n industri yang memberangs­angkan sejak 2016 dan pada masa yang sama, bahagian pasaran Mazda dalam segmen tersebut berkembang baik daripada sembilan peratus kepada 12 peratus bagi tempoh sama.

AllianceDB­S Research mengekalka­n saranannya ke atas saham BAuto dengan harga sasaran pada RM3.00.

Pada 10.49 pagi, harga saham Bermaz Auto menyusut satu sen kepada RM2.19 dengan 148,300 lot bertukar tangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia