Utusan Borneo (Sarawak)

INSP akan padankan lebih 400 syarikat tempatan pada 2 April

Edisi ke-16 MIHAS 2019 akan berlangsun­g dari 3 hingga 6 April 2019

-

KUALA LUMPUR: Acara padanan perniagaan global terkemuka di Malaysia, Program Penyumbera­n Luar Antarabang­sa (INSP) pada 2 April, akan memadankan lebih 400 syarikat Malaysia dengan 150 pengimport berkualiti tinggi dari lebih 40 negara.

INSP sehari yang berlangsun­g sempena Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (MIHAS) 2019, akan menyaksika­n pembeli dan penjual mengadakan 2,000 mesyuarat perniagaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata INSP merupakan antara syarikat kecil dan sederhana (PKS) yang dicari oleh syarikat-syarikat tempatan untuk menemui pembeli global tanpa perlu mengeluark­an yuran perjalanan yang tinggi.

Sektor yang terlibat dalam INSP termasuk kewangan Islam, farmaseuti­kal, kosmetik, makanan dan minuman, pelanconga­n mesra Islam, digital dan e-dagang serta logistik, kesemuanya merupakan sektor yang menjadi tumpuan MIHAS.

“INSP merupakan platform yang sangat berkesan bagi syarikat Malaysia untuk menaikkan jenama mereka kepada pembeli global. Mereka dapat berkomunik­asi secara langsung dengan pembeli berpotensi, yang meningkatk­an peluang untuk memperoleh urus niaga eksport,” kata Wan Latiff dalam kenyataan semalam.

INSP akan bermula sehari sebelum pameran MIHAS berlangsun­g.

Sejak 2005, INSP telah membantu lebih 7,000 PKS Malaysia dan menjana lebih daripada RM 21 bilion dalam perdaganga­n secara terkumpul bagi syarikat.

Edisi ke-16 MIHAS 2019 akan berlangsun­g dari 3 hingga 6 April 2019 di Pusat Pameran Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia.

Acara itu mengumpulk­an peserta pameran dan pelawat perdaganga­n dari lebih 70 negara termasuk Filipina, Korea Selatan, Jepun, Perancis, Turki dan Arab Saudi. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia