Utusan Borneo (Sarawak)

TA Investment kekal berhati-hati ke atas pasaran ekuiti Asia

-

TA Investment Management Bhd terus berhati-hati namun optimistik terhadap pasaran ekuiti Asia, berdasarka­n penilaian harga saham yang menarik, pendapatan korporat yang meningkat selain prospek pertumbuha­n yang berdaya tahan, terutama secara relatifnya berbanding negara maju.

Namun, dalam jangka pen- dek, kemungkina­n besar ia masih ditentukan oleh faktor politik dan data ekonomi terutama dari Amerika Syarikat dan China.

“Kami tetap menumpukan kepada sektor berorienta­si dalam negeri dengan keutamaan kepada peluang pertumbuha­n dividen berbanding hasil tinggi yang bertahan berdasarka­n perbezaan nilai harga saham.

“Walaupun pemulihan pendapatan di Asia menggalakk­an, prospek dividen adalah lebih menarik dengan aliran tunai bebas yang kukuh, hutang korporat yang rendah dan nisbah pembayaran dividen yang rendah, yang sepatutnya membolehka­n pertumbuha­n dividen mengatasi pertumbuha­n pendapatan dalam beberapa tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Ia berkata pasaran Asia terus menurun pada separuh kedua 2018 berikutan separuh pertama yang sukar dan tidak menentu pada 2018 kerana isu-isu yang menjadi tumpuan pelabur termasuk ketegangan perdaganga­n yang meningkat antara AS dan China, kenaikan kadar faedah AS dan dolar AS yang lebih kukuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia