Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan amal wujudkan ‘DR’ ringan beban mangsa kebakaran

-

Kebakaran yang berlaku di Kampung Perpaduan, di sini, pada pertengaha­n Januari lalu membuka mata beberapa pertubuhan bukan kerajaan untuk tampil menyampaik­an bantuan.

NGO pertama yang hadir menghulur bantuan adalah Yayasan Amal Malaysia.

Dalam kesibuan agensi lain menyerahka­n bantuan kepada setiap mangsa, Yayasan Amal Malaysia hadir dengan cara tersendiri. ‘Dapur Rakyat’ ( DR) diwujudkan untuk mangsa kebakaran di pulau ini.

Pengurus Dapur Rakyat Rosdi Bardi berkata, makanan adalah satu keperluan segera.

“Mereka tiada tempat memasak dan tiada peralatan untuk memasak kerana semuanya habis terbakar. Oleh itu, kami bantu sediakan makan tengah hari dan malam,” jelasnya.

Ditanya di mana idea untuk mewujudkan DR, beliau berkata Yayasan Amal sebelum ini mewujudkan DR kepada mangsa gempa bumi di Palu, Sulawesi dan kepada pelarian Rohingnya di Bangladesh.

“Objektifny­a adalah menyediaka­n tempat memasak untuk keperluan mangsa serta petugas yang hadir. Pada hari ini, kami aktifkan DR untuk manfaat mangsa kebakaran di sini,” katanya.

Petugas DR di sini kebanyakan­nya adalah kalangan Daie Pusat Dakwah Serantau dan dibantu oleh beberapa relawan tempatan. Mereka bertugas secara sukarela dan telah mengorbank­an masa serta tenaga untuk berkhidmat di DR berkenaan.

Rosdi berkata bagi menjaga kebajikan mangsa, penyediaan makanan ditingkatk­an untuk 200 orang dan semua itu memerlukan kos. Pembel- ian bahan-bahan mentah dan peralatan diurus oleh Yayasan Amal Malaysia hasil sumbangan orang ramai.

“DR berperanan dalam menyediaka­n makanan kepada mangsa kebakaran di Kampung Perpaduan serta petugas dan relawan yang hadir,” katanya.

Bellah Lusin atau Bella yang berasal dari sini adalah antara petugas yang terlibat dalam penyediaan makanan itu.

“Dalam menyediaka­n makanan kepada mangsa, sukarelawa­n di dapur adalah tulang belakang kepada kejayaan operasi. Mereka adalah daripada kalangan Daie Pusat Dakwah Serantau (PDS).

“Di PDS, kami ada didedahkan secara teori berkaitan dakwah dan sekarang kami sedang melakukan apa yang kami telah pelajari,” katanya.

Sementara itu, Nany atau Isnaini Marsuki, guru Tadika Amal Hidayah di Banggi yang berasal dari Sandakan berkata, “Ilmu yang dipelajari sepanjang berada di PDS banyak membantu kami untuk berdikari dan berdakwah kepada masyarakat. Sekarang kami sedang mempraktik­kannya.”

“Menyediaka­n makanan kepada mangsa kebakaran di sini adalah salah satu cara kami berkhidmat kepada masyarakat. Semoga ia akan meringanka­n beban dan kesusahan yang ditanggung oleh mangsa yang terlibat,” ujar Haddy atau Abdul Hady Malik, Daie PDS lepasan tahun 2014.

“Sebelum kami menamatkan pengajian di PDS dan kembali ke Sabah, pengajar khususnya Mudir menasihati kami supaya apa yang kami pelajari di PDS diamalkan semasa berada di lapangan. Alhamdulil­lah, nasihat Mudir kami ikuti,” kata Erni Karnila Manja yang berasal dari Sandakan.

Menurut Rosdi, kebanyakan yang bertugas di dapur adalah lepasan Daie PDS dan mereka tidak dibayar untuk melakukan tugas itu.

Berkenaan kos operasi, DR diurus oleh Yayasan Amal Malaysia dan kos menyediaka­n ditanggung sepenuhnya oleh pihak yayasan hasil sumbangan orang ramai.

 ??  ?? KHIDMAT MASYARAKAT: Sukarelawa­n di Dapur Rakyat.
KHIDMAT MASYARAKAT: Sukarelawa­n di Dapur Rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia