Utusan Borneo (Sarawak)

RM114.8 juta untuk Bantuan Orang Tua pada tahun lalu

-

Kerajaan telah membelanja­kan sebanyak RM114.8 juta untuk membiayai seramai 27,770 penerima Bantuan Orang Tua di seluruh negeri pada tahun lalu.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata daripada jumlah itu, seramai 1,354 orang dengan perbelanja­an RM5.6 juta adalah dari daerah ini.

Katanya Bantuan Orang Tua yang diberikan sebanyak RM350 sebulan seorang adalah sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.

Sementara penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) adalah satu perkhidmat­an bercorak pendamping­an sosial dan pembanguna­n kepada warga emas yang melibatkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat.

“Setakat ini, terdapat tujuh buah PAWE yang ditubuhkan di seluruh negeri iaitu di Sandakan, Papar, Beaufort, Kuala Penyu, UTC Kota Kinabalu, Tawau dan Keningau dengan jumlah ahli berdaftar seramai 1,400 orang.

“Perkhidmat­an institusi pula ditubuhkan untuk memberi jagaan, rawatan serta perlindung­an kepada warga emas yang uzur, daif dan tidak berwaris agar mereka dapat terus hidup dalam suasana yang selesa dan tenteram.

“Ketika ini, terdapat tiga rumah warga tua di Sabah iaitu Rumah Warga Tua Air Panas Tawau, Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan dan Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kota Kinabalu yang kesemuanya mempunyai kapasiti seramai 260 penghuni dengan melibatkan jumlah kos operasi sebanyak RM1.5 juta pada setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program ‘Kau Yang Teristimew­a’ sempena Tahun Baharu Cina 2019 di Dewan Rumah Warga Tua Sri Harapan di sini pada Ahad.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong Ket Kiun, Ketua Penolong Setiausaha Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Margaret Cornillius, wakil Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Chan Hock Wing, Penolong Pengarah dari Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah Lily Chin dan Penolong Pengarah Bahagian, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sandakan Ruhainah Abbas.

Stephen yang juga Ahli Parlimen Sandakan berkata sambu- tan perayaan Tahun Baharu Cina bersama warga emas, golongan kurang upaya (OKU), anak yatim, badan bukan kerajaan, masyarakat Sandakan dan pemimpin masyarakat jelas menunjukka­n keprihatin­an Kerajaan Sabah terhadap rakyat di daerah ini dan golongan yang kurang bernasib baik.

Katanya, kerajaan semasa berazam untuk mengangkat darjat warga emas yang telah membuat sumbangan tidak ternilai kepada negara melalui inisiatif tertentu seperti pemberian bantuan kewangan, penubuhan PAWE, pembelian bantuan alat tiruan/sokongan dan penyediaan perkhidmat­an institusi.

Pada masa yang sama, beliau berharap melalui publisiti program itu, sektor korporat, komuniti dan NGO akan tergerak hati mengambil tahu dan turut berganding bahu dalam menjaga kebajikan dan kesejahter­aan golongan itu.

 ??  ?? AMALAN MULIA: Stephen menyampaik­an sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada penghuni Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan.
AMALAN MULIA: Stephen menyampaik­an sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada penghuni Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia