Utusan Borneo (Sarawak)

200 mangsa banjir Kota Marudu terima sumbangan

-

Seramai 200 ketua keluarga dari 12 kampung di sini menerima sumbangan akibat banjir daripada Koperasi Pembanguna­n Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad (KOP-Pusmaju) dan Permodalan Capital Berhad (PCB) bernilai RM30 ribu menerusi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).

Penyampaia­n sumbangan itu telah disempurna­kan oleh Timbalan Yang Dipertua Usia Datuk Arsit Sedi bertempat di Masjid At-Taqwa Pekan Kota Marudu pagi Sabtu.

Menurut Arsit sumbangan itu sebagai tanda keprihatin­an pihak USIA dan dua syarikat terbabit kepada mangsa banjir di daerah ini.

“Kali ini, kami turun padang berjumpa dengan mangsa untuk menyampaik­an sumbangan selain dapat merasai perasaan mereka yang terpaksa menempuh cabaran dan dugaan akibat banjir.

“Kami menyampaik­an sumbangan berupa beras dan makanan serta minuman kepada mangsa banjir terlibat,” katanya.

Beliau turut bersimpati terhadap mangsa banjir dan berharap bantuan yang disampaika­n itu mampu mengurangk­an bebanan mereka.

Sementara itu, Pengerusi KOP-Pusmaju Datin Zairenah @Irene Bt Siyu menjelaska­n sumbangan itu merupakan tanggungja­wab sosial korporat kepada mangsa banjir.

Katanya, pihak syarikatny­a se- dia membantu dan memberikan sumbangan kepada mana-mana mangsa seperti banjir, kebakaran dan bencana alam yang lain jika ada permintaan.

Beliau berharap sumbangan yang tidak seberapany­a itu dapat meringanka­n bebanan mangsa banjir.

Seorang mangsa banjir Musa Ghani mengucapka­n terima kasih kepada penganjur atas keprihatin­an membantu mereka setelah dilanda banjir.

Sementara Jaslinah Mosibur pula berasa terharu menerima sumbangan yang diberikan dan berharap agar lebih banyak lagi badan kerajaan, NGO serta syarikat tampil memberikan sumbangan.

Sebanyak 12 kampung yang menerima bantuan itu ialah Tandek Laut (10), Tandek (10), Tambun (25), Salimandut (10), Rasak Laut (20), Masolog (25), Marudu Laut (20), Damai (14), Ungkilan (20), Tanjung Batu Susak (1), Bodi Ungkilan (20) dan Langkon Lama (25).

Turut bersama dalam majis itu ialah Pengerusi Tetap USIA Datuk Ismarah Madcasar, Naib Yang Dipertua USIA Madaile Basri, Setiausaha Agung Datuk Hamzah Mohd Zakaria serta Ahli Majlis Tertinggi Abtin Atoh dan Zainal Aliuddin yang juga ketua USIA Bahagian Kota Marudu.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Arsit dan Zairenah menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
RINGANKAN BEBAN: Arsit dan Zairenah menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
 ??  ?? SYUKUR: Sebahagian daripada 200 ketua keluarga dari 12 kampung yang menerima bantuan.
SYUKUR: Sebahagian daripada 200 ketua keluarga dari 12 kampung yang menerima bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia