Utusan Borneo (Sarawak)

KEMBALIKAN MEREKA DENGAN SELAMAT

Ibu rayu bantuan bawa pulang anaknya dan 46 yang lain, dipercayai mangsa sindiket pemerdagan­gan manusia di Kemboja.

-

“Mak, saya kena tahan… tolong kami.” Itu panggilan terakhir yang sempat dibuat oleh salah seorang mangsa dipercayai mangsa pemerdagan­gan manusia yang dipenjarak­an di Kemboja kepada ibunya, Zunita Sedini.

Menurut Zunita, 42, anak lelakinya Yusuf Islam Abdul Halik, 21, menghubung­inya pada kira-kira jam 7 malam, 25 Disember tahun lepas dan hanya mempunyai masa lima minit untuk bercakap dengannya.

“Ketika itu saya sedang memandu dan sangat terkejut mendengar dia menangis sambil meminta tolong.

“Saya sempat bertanya tentang keadaannya, dia cakap sihat dengan hanya makan nasi putih dan air kosong sahaja,” katanya ketika ditemu bual selepas sidang media mengenai Tahanan Rakyat Malaysia di Kemboja yang dipengerus­ikan oleh Ahli Parlimen Julau Larry Sng di sini, semalam.

Menceritak­an lanjut, Zunita yang tinggal di Jalan Matang dekat sini berkata, panggilan tersebut juga merupakan yang terakhir daripada anak sulung- nya sejak dia pergi ke Kemboja pada November tahun lepas.

Katanya, ketika berada di Kemboja, Yusuf pernah menghubung­inya pada 9 Disember, sebelum ditahan pada 11 Disember.

Sejak itu, dia berkata sering menangis dalam dua bulan ini apabila terkenangk­an nasib yang menimpa anaknya dan mangsa lain.

Ibu kepada enam orang anak itu menambah, dia juga pernah dihubungi oleh salah seorang mangsa yang juga merupakan rakan lelaki anaknya yang berasal dari Siburan, untuk memohon pertolonga­n bagi memaklumka­n kepada ibu bapanya tentang keadaannya.

“Dia cuma suruh saya pergi ke Kampung Siburan untuk mencari ibu bapanya... lepas itu, saya cuba cari ibu bapanya tapi tidak dapat,” kata Zunita.

Zunita menambah pada mulanya, agak sukar untuknya memberitah­u sesiapa tentang perkara yang berlaku, tetapi atas nasihat keluarga, dia kemudian melaporkan serta meminta bantuan daripada pihak berkuasa.

“Saya merayu agar pihak berkuasa dapat mengembali­kan segera semua mereka dengan selamat,” katanya dengan nada sebak sambil menitiskan air mata.

Semalam, Larry mendedahka­n seramai 47 anak Malaysia dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagan­gan manusia dan telah ditahan di sebuah Penjara Daerah di Kemboja atas tuduhan terlibat dalam permainan perjudian dalam talian.

Daripada jumlah itu, seramai 44 orang berasal dari Sarawak dan mereka kesemuanya dijanjikan pekerjaan dengan gaji lumayan dalam mata wang dolar Amerika Syarikat.

Mereka ditahan tanpa dibicaraka­n di mahkamah dan perkara ini juga tidak dimaklumka­n kepada pihak Kedutaan Malaysia.

 ??  ??
 ??  ?? MOHON PERTOLONGA­N: Zunita menunjukka­n gambar anaknya, Yusuf Islam yang ditahan di Penjara Daerah di Kemboja selepas sidang media, semalam.
MOHON PERTOLONGA­N: Zunita menunjukka­n gambar anaknya, Yusuf Islam yang ditahan di Penjara Daerah di Kemboja selepas sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia