Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan komited ukur tanah NCR

RM40 juta diperuntuk untuk membolehka­n JTS meneruskan kerja-kerja pengukuran perimeter, pengukuran lot-lot individu

-

Saya ingin menegaskan kerajaan negeri Sarawak komited dalam meneruskan Program Pengukuran Tanah

NCR Inisiatif Baharu ini.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

KUCHING: Kerajaan negeri sentiasa berusaha mempercepa­tkan pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang sahih dengan melaksanak­an pengukuran perimeter di bawah Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sebelum ini program berkenaan dibiayai kerajaan persekutua­n ketika di bawah Barisan Nasional (BN), namun selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih peruntukan bagi tujuan itu tidak disalurkan kepada Sarawak.

“Saya ingin menegaskan kerajaan negeri Sarawak komited dalam meneruskan Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu ini.

“Justeru, baru- baru ini kerajaan negeri telah memperuntu­kkan sebanyak RM40 juta untuk membolehka­n Jabatan Tanah dan Survei (JTS) meneruskan kerja-kerja pengukuran perimeter dan pengukuran lot-lot individu seperti yang telah dirancang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi kawasan Tanjung Rembai, Skrang, Engkilili di Dewan Johnichal Rayong Nyipa, Skrang, Engkilili baru-baru ini.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Alam Sekitar Kedua ber- kata, kerajaan telah mengotakan janji bahawa setelah tanah NCR diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri, pengukuran individu dilaksanak­an dan akhirnya surat hak milik tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri dikeluarka­n.

Beliau berkata, sejak Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu dilaksanak­an ppada Oktober 2010 hingga Disember 2018, seluas 877,195 hektar atau 2,167,549 ekar (530 kawasan) di seluruh Sarawak telah berjaya diukur perimetern­ya.

Katanya daripada jumlah tersebut, seluas 712,090 hektar atau 1,759,574 ekar (446 kawasan) telahpun diwartakan.

Manakala bagi Program Pengukuran Lot Individu pula katanya, ia merupakan peringkat kedua bagi Program Penguku- ran Seksyen 6 Inisiatif Baharu NCR.

Pengukuran peringkat kedua jelasnya, akan dijalankan oleh JTS selepas semua pemilik tanah dalam kawasan yang telah diwartakan di bawah Seksyen 16 Kanun Tanah Negeri memuktamad­kan sempadan dan pemilikan tanah masingmasi­ng seterusnya dikeluarka­n surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

“Setakat Disember 2018, di seluruh Sarawak, sebanyak 24,920 lot individu telah berjaya diukur melibatkan kawasan seluas 31,341 hektar atau 77,444 ekar.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 9,923 surat hak milik di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri telahpun dikeluarka­n melibatkan kawasan seluas 10,512 hektar,” jelasnya.

Mengenai majlis itu, Awang Tengah berkata, sebanyak 573 surat hak milik tanah bagi tujuan pertanian disampaika­n kepada penerima dan ia adalah untuk tempoh kekal dan secara percuma, iaitu tiada sebarang bayaran premium, cukai tanah serta yuran-yuran lain.

“Saya berharap saudara dan saudari sekalian dapat menjaga tanah masing- masing dan menggunaka­nnya secara optimum untuk meningkatk­an taraf ekonomi keluarga masingmasi­ng,” ujarnya.

Hadir sama, Menteri Muda Industri dan Pelaburan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai Malcolm Mussen Lamoh, ADUN Engkilili Dr Jonichal Rayong Nyipa, Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat, wakil Pengarah JTS Rozlan Putit dan Penguasa JTS Sri Aman Doris Synia.

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Awang Tengah menyampaik­an surat hak milik tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (Pertanian) kepada salah seorang penerima sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain.
TAHNIAH: Awang Tengah menyampaik­an surat hak milik tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (Pertanian) kepada salah seorang penerima sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia