Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari berkunjung sempena TBC di Bintulu

-

Kunjungan Tahun Baharu Cina Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke beberapa kediaman ketua-ketua masyarakat yang juga ahli perniagaan serta anggota dewan undangan negeri disambut penuh meriah semalam.

Kediaman pertama yang dikunjungi Abang Johari ialah kediaman Temenggung Datuk Barry Yek yang juga Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Sarawak (SCCI) merangkap Pengerusi SCCI Wilayah Bintulu sekitar jam 10.30 pagi di Taman Gloria/Starhill, Jalan Tun Hussein Onn, diikuti kediaman Pemanca Datuk Dr Francis Toh di Taman Li Hua dan kediaman Yek Siew Liong di Jalan Sultan Iskandar.

Kunjungan Ketua Menteri diteruskan ke kediaman Presiden Gabungan Persatuan Cina Berdaftar (FORCA) Bintulu Hii Toh Him di MLNG Housing, Lorong Tun Khatib, Tanjung Kidurong, kediaman Penghulu Dato Chai Shong Phian di Lucky Garden, Jalan Tanjung Batu dan kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii di Taman Emas, Jalan Durian Tembaga, Tanjung Batu.

Ketua Menteri turut diiringi isterinya Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip dan isteri Datin Dr Zaliha Abdullah, Menteri Utiliti merangkap ADUN Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom isterinya Datin Sri Loreta Sawot, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan isteri Datin Siti Shorgayah Mohd Zaidin.

Selain itu turut mengiringi ialah Presiden SCCI Datuk Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg, ADUN Samalaju Majang Renggi, ADUN Murum Kennedy Chukpai Ugon, Setiausaha Politik Ketua Menteri Soo Li Ching, Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat serta ketua-ketua jabatan kerajaan di bahagian ini.

Kehadiran Ketua Menteri dan rombongan disambut penuh meriah dengan acara tradisi tarian singa disusuli dengan upacara ‘Lao Sheng’ iaitu menggaul Yee Sang, upacara memotong kek dan seterusnya jamuan makan pelbagai juadah istimewa sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang disediakan oleh pihak tuan rumah.

 ??  ?? MESRA: Abang Johari, isteri dan rombongan merakam gambar bersama Huang (tengah kiri) bersama ahli keluarga lain.
MESRA: Abang Johari, isteri dan rombongan merakam gambar bersama Huang (tengah kiri) bersama ahli keluarga lain.
 ??  ?? GONG XI FA CAI: Abang Johari dan isteri disambut mesra oleh penduduk setempat setibanya di kediaman Barry Yek.
GONG XI FA CAI: Abang Johari dan isteri disambut mesra oleh penduduk setempat setibanya di kediaman Barry Yek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia