Utusan Borneo (Sarawak)

Puteri Thai akan tanding jawatan PM

Sertai parti klan Shinawatra, dijangka beri cabaran terbesar kepada pemerintah­an junta

-

BANGKOK: Seorang puteri Thai akan bertanding sebagai calon untuk jawatan perdana menteri dalam pilihan raya akan datang bagi parti yang dimiliki oleh klan politik Shinawatra yang berpecah-belah, satu putaran yang mengejutka­n yang memberi cabaran terbesar kepada harapan junta pemerintah untuk mengekalka­n penguasaan­nya terhadap politik.

Puteri Ubolratana yang berusia 67 tahun, kakak kepada Raja Thai Maha Vajiralong­korn, akan bertanding bagi jawatan perdana menteri bagi parti Thai Raksa Chart, katanya pada Jumaat.

“Pihak lembaga parti bersetuju bahawa nama Puteri Ubolratana, seorang yang berpendidi­kan dan berkemahir­an, adalah pilihan yang paling tepat,” ketua parti Thai Raksa Chart, Preechapol Pongpanich memberitah­u wartawan.

Parti itu telah jatuh di bawah naungan Thaksin Shinawatra, seorang bekas perdana menteri bilionair yang dalam pelarian, berada di tengah perpecahan politik selama sedekad di Thailand – dibenci oleh pihak tentera dan golongan elit Bangkok, namun diagungkan oleh golongan miskin luar bandar.

Pengumuman itu meletakkan sebuah parti yang dibarisi golongan diraja terikat kepada Shinawatra secara langsung menentang sebuah parti tentera, yang turut meng- umumkan ketua junta Prayut Chan-O-Cha sebagai calon mereka pada Jumaat.

Prayut telah mengetuai junta selama hampir lima tahun, melakarkan perlem- bagaan baharu dalam usaha untuk menyusun semula seluruh sistem politik bagi memastikan pihak tentera mempunyai asas yang kukuh terhadap kuasa selepas pilihan raya pada 24 Mac.

Namun kemunculan mengejut Ubolratana adalah kemungkina­n akan menyebabka­n rancangan pihak tentera menjadi tidak teratur.

Ubolratana, seorang anggota diraja yang ceria dan gemar bertemu orang awam berbeza dengan adik lelakinya yang lebih terkawal Raja Maha Vajiralong­korn, melepaskan gelaran dirajanya selepas mengahwini seorang rakyat Amerika Syarikat beberapa dekad lepas.

Namun pasangan itu kemudian telah bercerai dan beliau berpindah balik ke Thailand di mana beliau masih lagi dianggap sebahagian daripada keluarga diraja.

Thailand tidak pernah mempunyai seorang anggota diraja sebagai perdana menteri sejak menjadi sebuah monarki berperlemb­agaan pada 1932. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? CALON PM: Pongpanich menunjukka­n permohonan Puteri Ubolratana untuk menjadi calon partinya bagi jawatan perdana menteri di pejabat suruhanjay­a pilihan raya di Bangkok, Thailand pada Jumaat.
— Gambar Reuters CALON PM: Pongpanich menunjukka­n permohonan Puteri Ubolratana untuk menjadi calon partinya bagi jawatan perdana menteri di pejabat suruhanjay­a pilihan raya di Bangkok, Thailand pada Jumaat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia