Utusan Borneo (Sarawak)

PERTIMBANG HANTAR WAKIL

Ia bagi memudahkan rundingan melepaskan 44 rakyat Sarawak, kerajaan Malaysia dan Kemboja harus dibenar berunding: KM

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Kerajaan Sarawak mempertimb­ang menghantar wakil ke Kemboja untuk memudahkan rundingan bagi melepaskan 44 rakyat Sarawak yang kini ditahan di sebuah penjara daerah di negara itu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak sentiasa berhubung dengan wakil Pejabat Luar Malaysia di Kuching mengenai isu penahanan dan mengamalka­n pendekatan dua hala.

“Kita dimaklumka­n mengenai penahanan 44 warga Sarawak oleh pihak berkuasa Kemboja, tetapi kita berpendiri­an untuk membenarka­n rundingan oleh kerajaan Malaysia dan Kemboja akan dijalankan tanpa publisiti.

“Memandangk­an perbincang­an masih berterusan, kita tidak dapat memberikan publisiti secara meluas mengenai perkara ini kerana khuatir ia akan memberikan mesej yang salah,” ujarnya kepada Utusan Borneo selepas mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina ke kediaman Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Budaya Datuk Lee Kim Shin di sini, semalam.

Abang Johari turut mengingatk­an rakyat Sarawak agar berhati-hati menerima tawaran pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan untuk mengelakka­n mereka ditipu melakukan aktiviti haram di luar negara.

“Kita mendapat maklumat awal daripada Kementeria­n Luar dan menyerahka­n kepada mereka memandangk­an ia di bawah kuasa kementeria­n.

“Pesan saya kepada rakyat Sarawak, jangan tertipu dengan agensi palsu yang menawarkan pekerjaan di luar negara. Mereka patut mengesahka­n tawaran itu sebelum pergi,” katanya.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah isteri Ketua Menteri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Menteri Muda Kerajaan Tempatan Dr Penguang Manggil.

Sementara itu, Dr Sim berkata, SUPP akan melakukan yang terbaik untuk membantu melepaskan rakyat Sarawak yang ditahan di Kemboja sejak tahun lepas.

“Parti akan berkomunik­asi menggunaka­n saluran formal dan tidak formal untuk berbincang mengenai perkara ini. Buat masa ini, kita tidak dapat dedahkan secara terperinci namun parti akan lakukan yang terbaik,” kata Dr Sim.

Kelmarin, akhbar melaporkan seramai 47 warga Malaysia kini ditahan di sebuah penjara daerah di Kemboja selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagan­gan manusia.

Daripada jumlah itu, 44 orang berasal dari Sarawak, manakala selebihnya dari negeri lain, setelah dijanjikan pekerjaan dengan gaji lumayan dalam mata wang dolar Amerika Syarikat.

Kesemua mangsa berusia antara

18 dan 20 tahun dengan lebih kurang satu perempat daripada mereka adalah perempuan.

Mereka ditahan tanpa dibicaraka­n di mahkamah dan perkara ini juga tidak dimaklumka­n kepada pihak kedutaan Malaysia.

 ??  ?? RAIKAN KEMERIAHAN: Abang Johari dan rombongan bergambar beramai-ramai di kediaman Lee sempena kunjungan Tahun Baharu Cina di Miri semalam.
RAIKAN KEMERIAHAN: Abang Johari dan rombongan bergambar beramai-ramai di kediaman Lee sempena kunjungan Tahun Baharu Cina di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia