Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah pekerja hangus, 16 tinggal sehelai sepinggang

-

Seramai 16 penghuni sebuah rumah pekerja di Jalan Miri Bypass tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dijilat api dalam kebakaran awal pagi semalam. Dalam kejadian kirakira jam 3.40 pagi itu, 10 pintu rumah tersebut yang masingmasi­ng berkeluasa­n 12 kaki kali 14 kaki musnah terbakar.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, bomba menerima panggilan kecemasan kebakaran terbabit pada jam 3.41 pagi.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Abang Mohd Fhadil pergi ke lokasi untuk memadamkan kebakaran. “Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan rumah pekerja jenis tidak kekal satu tingkat telah terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Menurut Law, semasa kebakaran dua pintu rumah tidak berpenghun­i dan tiga pintu lagi berpenghun­i namun telah balik ke kampung.

“Jumlah penghuni yang ada semasa kebakaran ialah 16 orang dan tiada kecederaan yang dialami kesemua mangsa,” jelasnya.

Pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran tersebut dan operasi ditamatkan sekitar jam 5.15 pagi.

Turut hadir menghulurk­an bantuan adalah sepasukan anggota bomba dari BBP Mir Sentral.

 ??  ?? MUSNAH: Keadaan kawasan tapak rumah pekerja setelah ap berjaya dipadamkan sepenuhnya pagi semalam.
MUSNAH: Keadaan kawasan tapak rumah pekerja setelah ap berjaya dipadamkan sepenuhnya pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia