Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki cedera parah, lori dipandunya terbabas

-

Seorang lelaki cedera parah setelah lori tanker sarat muatan sawit dipandunya terbabas ke bahu jalan lalu terbalik di Kilometer 10, Jalan Murum-Belaga sekitar jam 8 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak, Superinten­den Alekson Naga Chabu mengesahka­n mangsa, 55, mengalami cedera parah di kepala dan badan akibat tercampak dari lori terbabit.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas lori dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan sebelum terbalik di parit tepi jalan,” katanya.

Bagaimanap­un, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar insiden hampir meragut nyawa itu.

Mangsa kemudianny­a dikejarkan ke Klinik Sungai Asap bagi mendapatka­n rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Bintulu bagi rawatan selanjutny­a.

Kes disiasat di bawah Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? TERBALIK: Lori tanker sarat muatan minyak sawit dipandu mangsa dalam kemalangan pagi semalam.
TERBALIK: Lori tanker sarat muatan minyak sawit dipandu mangsa dalam kemalangan pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia