Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur ditangkap kerana disyaki terlibat salah guna dadah

-

Seorang penganggur ditangkap kerana disyaki terlibat aktiviti penyalahgu­naan dadah susulan penemuan dadah jenis syabu dalam satu serbuan di Kampung Belimbing di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, serbuan tersebut adalah hasil maklumat awam serta risikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

Menurutnya, serbuan dilakukan sekitar jam 10.20 pagi.

“Pemeriksaa­n lanjut yang dijalankan di dalam bilik di mana suspek berdiri telah menemui empat peket lutsinar pelbagai saiz yang disyaki mengandung­i dadah jenis syabu dianggarka­n seberat 12.60 gram.

“Suspek kemudian ditahan dan dadah dianggarka­n bernilai RM1,000 turut dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia