Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita harungi detik cemas kereta dipandu terbabas, masuk longkang

-

Seorang wanita warga emas mengharung­i detik cemas selepas kereta yang dipandunya terbabas ke tepi jalan sebelum terhumban ke longkang besar di Jalan Sri Aman-Kuching berdekatan Kampung Sabu dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, mangsa Lee Joon Hiong, 72, dikatakan sedang dalam perjalanan balik dari pasar Sri Aman menuju ke rumahnya di Taman Harmoni.

Menurut mangsa, ketika melalui jalan berkenaan, keretanya secara tiba- tiba hilang kawalan ke bahu jalan sebelum terbabas dan terhumban ke longkang besar di tepi jalan.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaimanap­un telah dirujuk ke Hospital Sri Aman dengan menggunaka­n ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sri Aman untuk pemeriksaa­n lanjut.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung ke- jadian sekitar jam 9.45 pagi.

Bertindak atas maklumat berkenaan, empat anggota dikerah ke lokasi untuk membantu dan menghantar mangsa ke Hospital Sri Aman.

 ??  ?? MUJUR SELAMAT: Anggota APM Sri Aman mengeluark­an mangsa dari keretanya yang terlibat kemalangan pagi semalam.
MUJUR SELAMAT: Anggota APM Sri Aman mengeluark­an mangsa dari keretanya yang terlibat kemalangan pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia