Utusan Borneo (Sarawak)

12 Feb sebutan lanjut penganggur dituduh rogol adik perempuan

-

Mahkamah Majistret menetapkan 12 Februari depan untuk sebutan lanjut kes seorang penganggur yang dituduh merogol adik perempuann­ya sendiri.

Manakala tertuduh diperintah­kan dibebas dengan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Tertuduh, 31, dari Kampung Ulu Sungai Miri telah didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh merogol seorang gadis berusia 15 tahun (semasa kejadian) yang mempunyai pertalian saudara dengannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu sekitar Januari 2015 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Ulu Sungai Miri di sini.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu bagi membolehka­n kes tersebut disebut lanjut di Mahkamah Sesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia