Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki miliki dadah

-

Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai berada dalam pengaruh dadah ditahan di sebuah rumah di Jalan Medamit di sini, kelmarin.

Suspek, seorang penganggur berasal dari Timor Indonesia, ditahan jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, ketika serbuan suspek sedang duduk di hadapan sebuah rumah.

“Hasil pemeriksaa­n tubuh badan terhadap suspek, kita menjumpai satu dan lima peket plastik lutsinar serta satu keratan tiub straw warna biru berisi ketulan disyaki dadah jenis syabu.

“Dadah seberat 5.35 gram bernilai RM780 itu disembunyi­kan di dalam poket seluar jeans pendek warna biru sebelah kiri yang dipakai oleh suspek semasa ditahan,” katanya semalam.

Suspek yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau juga positif Methamphet­amine dan Amphetamin­e hasil ujian saringan awal ke atasnya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

 ??  ?? DIRAMPAS: Dadah yang diram pas daripada suspek.
DIRAMPAS: Dadah yang diram pas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia