Utusan Borneo (Sarawak)

Keunikan ‘Nian Gao’ di kediaman Wong gamit Tun Taib dan isteri

-

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib pada kunjungan Tahun Baharu Cina di sini telah disajikan dengan keunikan ‘Nian Gao’ (kek pulut) semasa berkunjung ke kediaman Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang merangkap Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh di Jalan Ipoh, semalam.

Tun Taib berserta isteri dilihat sangat tertarik dengan keunikan kek pulut seberat 25 kilogram tersebut.

Kek itu menampilka­n 18 ikan yang dibuat oleh sebuah syarikat kilang biskut di Batu Kawa, Kuching dan diberikan khas kepada Wong sebagai hadiah muhibah sempena Tahun Baharu Cina.

Ia begitu besar di mana ia perlu diletakkan di atas meja panjang.

Kek itu diadun dengan serbuk emas dan turut melambangk­an nasib yang baik sedang melimpah dengan kemakmuran.

Sementara itu, Wong berkata, ini adalah kek terbesar Tahun Baharu Cina yang pernah dilihatnya.

Katanya, kek itu dibawa menggunaka­n kereta dari Kuching terus ke rumahnya kerana ia terlalu besar untuk diangkut melalui udara.

Dari sebutan kek dalam bahasa Cina, ia membawa kehendak seseorang itu yang semakin tinggi dalam usaha mereka.

Atas sebab itu, kek tersebut menjadi juadah wajib pada sambutan perayaan Tahun Baharu Cina termasuk kediaman Wong.

 ??  ?? TERTARIK: Wong (dua kiri) menerangka­n sesuatu berkenaan dengan keunikan ‘Nian Gao’ (kek pulut) kepada Tun Taib semasa kunjungan Tahun Baharu Cina ke kediamanny­a di Sibu, semalam.
TERTARIK: Wong (dua kiri) menerangka­n sesuatu berkenaan dengan keunikan ‘Nian Gao’ (kek pulut) kepada Tun Taib semasa kunjungan Tahun Baharu Cina ke kediamanny­a di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia