Utusan Borneo (Sarawak)

Cukai jualan lima peratus, Petronas akan terus berunding dengan kerajaan Sarawak

-

Kerajaan persekutua­n dan Sarawak bersetuju untuk Petronas meneruskan rundingan mengenai lima peratus cukai jualan produk petroleum yang dikenakan oleh negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How berkata, selain itu Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga secara peribadi menguruska­n perkara itu.

See yang juga antara anggota dalam Jawatankua­sa Teknikal berkata, lima peratus cukai jualan ke atas produk petroleum yang dikenakan Sarawak dibangkitk­an dalam mesyuarat jawatankua­sa berkenaan.

Beliau memberitah­u daripada Jawatankua­sa Pemandu, mereka semua bersetuju bahawa Petronas akan berbincang dengan kerajaan negeri.

“Petronas bukan salah satu perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963. Namun ada peruntukan di bawah Perlembaga­an Persekutua­n yang menyatakan bahawa Sarawak berhak untuk mendapatka­n cukai jualan daripada produk petroleum.

“Bagi kerajaan persekutua­n, kami ikhlas. Kami pasti akan mengadakan perbincang­an dengan kerajaan negeri dalam usaha menyelesai­kan perkara itu.

“Saya berasakan kedua-dua pihak menunjukka­n komitmen mereka untuk menyelesai­kan perkara ini dengan harapan tinggi ia dapat diselesaik­an,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) PKR Stampin yang dianjurkan­nya di sini, semalam.

See yang juga Naib Pengerusi PKR Negeri berkata, beliau menyokong langkah mengenakan cukai jualan terhadap produk petroleum kerana Sarawak memerlukan dana untuk pembanguna­n.

Meskipun beliau tidak mengetahui niat sebenar kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam mengenakan cukai sedemikian, baginya, sekiranya Sarawak dapat memperoleh hampir RM4 bilion pendapatan, cukai itu perlu.

Katanya ia bagi membiayai pembanguna­n infrastruk­tur dan kemudahan asas di pedalaman Sarawak.

Beliau berkata, Sarawak boleh memperoleh lebih banyak pendapatan daripada cukai jualan lima peratus berbanding royalti lima peratus kerana ia adalah produk siap yang dieksport.

Sarawak mula mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroluem tahun ini sebagai sumber pendapatan baharu untuk menyokong agenda pembanguna­n negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia