Utusan Borneo (Sarawak)

Nota penjara daripada tahanan rungkai penyesalan, kerinduan terhadap keluarga

-

Menyesal dan tidak cukup makan. Itulah nasib yang menimpa 44 anak muda Sarawak termasuk tiga lagi individu warganegar­a Malaysia yang menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagan­gan manusia yang ditahan di sebuah penjara di Kemboja.

Kesemua mangsa berusia antara 18 hingga 20 tahun, dengan lebih kurang satu per empat daripada mereka merupakan gadis dibawa ke Kemboja oleh sebuah agensi pekerjaan yang menjanjika­n pekerjaan dan gaji lumayan dalam mata wang dolar Amerika Syarikat.

Setibanya di Kemboja, mereka ditempatka­n di sebuah rumah persendiri­an tanpa mendapat pekerjaan yang dijanjikan, sebelum ditahan oleh polis Kemboja kononnya atas tuduhan terlibat dalam permainan perjudian dalam talian.

Bagaimanap­un, mereka yang menafikan tuduhan tersebut telah ditahan selama seminggu di lokap polis dan dipindahka­n ke sebuah penjara daerah kira- kira 446 kilometer dari ibu kota Kemboja pada 16 Disember tahun lalu sehingga hari ini.

Salah seorang mangsa, Elwyn Badindang Joseph, 23, berasal dari Taman BDC menerusi nota penjara yang ditulisnya untuk Pejabat Kedutaan Malaysia di Kemboja dipetik berkata, dia menyesal datang ke negara tersebut.

“Mak sayang, kamek menyesal datang sitok (Kemboja), kamek sihat dan banyak berdoa untuk kamek. Tunggu jak kepulangan kamek. Kamek time tok di dalam penjara Kemboja, harap kitak orang berdoa selalu untuk kamek ok... Jangan Risau tunggu kepulangan kamek,” katanya.

Sementara itu, Belly Adithia Raisim, 22, juga menjadi mangsa sindiket dalam notanya dipetik berkata,”Apak, Billy tok, kami diatok agi bak Kemboja, bedau pasti bila keluar... Aku ok jak ditok, cuma makai jak bisik kurang. Anti jak kami pulai nolong madah asuh apak usna kami ditok gerai...Rindu suh kita.”

Seorang lagi mangsa sindiket, Grevina Golip, 23, dipetik berkata, “Hi Bapak, saya kat sini ok saja, sihat, cuma makan tak cukup, ada kurus sikit, bapak kat sana jangan risau, jaga kesihatan, sentiasa sihat selalu...kurangkan merokok..i love u so much and i miss u...Kami kat sini kena tipu kerja, sekarang kami di penjara Kemboja. Bagitau aunty suruh guna telefon no dia supaya orang embassy dapat hantar gambar melalui whatsapp aunty Ritan”.

Senarai nama mangsa, Abdul Mustaqim Abdul Karim ( 24), Ahasius Peter ( 26), Ahmad Zakwan Mohamed Yunus ( 26), Aron Naidy Muhammad Ting Abdullah (22), Augustine Uka Luya (27), Belly Adithia Raisim (22), Brenda Weltinnie Winston (perempuan, 21), Chang Ying Shiong (25), Chin Kok Siong (34), Chong Jun Khong (27), Chong Su Kyun (37), Dixon Chong Yew Yui (30), Elwyn Badindang Joseph (23), Eviana Nazreen Sadin ( P, 20), dan Ezuan Ling Alias (26).

Antara lain, Gibson Golip (22), Grevina Golip (P, 23), Ho Boon Thy (30), Hong Yee Cai ( 22), Jeffrydean Jude ( 19), Jong Chance Full (25), Krisyanto A. Ajiu (28), Lai King Loong (31) Lai Wen Siang ( 36), Lam Sang Kiong (36), Margerat Muna Anyut (P, 26), Mark Rogers William Nun (24) Michelle Rinta Winston Ngulang (P,23), Mohamad Zaki Harjami (21), Muhamad Nur Iqhwan Tejudin (24), dan Muhammad Daud Sharuddin (24).

Mangsa lain, Ng Chun Fe (30), Ng Shing Long (27) Nur Husna Muhammad Ali ( P, 21), Nur Mardiana Mohamad Hamzah ( P 25), Nur Mohammad Ari Bokhari (23), Nur Ridwana Syahzani Hamddie (P, 21) Philipe Ho Chee Chen (25) Ramlie Chuna Majit ( 35) Ramuna Louita (21), Shahri Md Ali (25), Teo Eng Moh (44), Vernandas James (22) Wong Chung Hung (25), Yap Yu Xiang (25), Yeam Yoke Foong (P, 26) dan Yusuf Islam Abdul Halik (21).

 ??  ?? SAYU DAN KESAL: Antara kata-kata mangsa sindiket dalam nota penjara untuk Pejabat Kedutaan Malaysia di Kemboja.
SAYU DAN KESAL: Antara kata-kata mangsa sindiket dalam nota penjara untuk Pejabat Kedutaan Malaysia di Kemboja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia