Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib adakan kunjungan TBC ke kediaman beberapa kenamaan di Sibu

-

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina (TBC) ke kediaman beberapa kenamaan di sini.

Bermula malam kelmarin, beliau bersama isteri dan rombongann­ya berkunjung ke kediaman Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Dato Henry Lau di Jalan Tun Abang Haji Openg.

Manakala pada pagi semalam, kunjungann­ya dimulakan dengan mengunjung­i kediaman Pengarah Urusan Hock Peng Organisati­on Datuk Toh Chiew Hock di Jalan Lanang.

Seterusnya, Tun Taib dan rombongan meneruskan kunjungan ke kediaman Menteri Kewangan Kedua yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh di Jalan Ipoh.

Sementara itu, pada sebelah malamnya Tun Taib serta isteri dijangka menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2019 anjuran Gabungan Persatuan Cina Sibu (UCA) di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Turut mengiringi kunjungann­ya itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Muda E-Dagang merangkap Menteri Muda Keusahawan­an dan Pembanguna­n Perniagaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil, Menteri Muda Penyelidik­an Sains dan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw serta kenamaan yang lain.

 ??  ?? GONG XI FA CHAI: Tun Taib serta kenamaan lain merakamkan kenangan bersama keluarga Soon Koh.
GONG XI FA CHAI: Tun Taib serta kenamaan lain merakamkan kenangan bersama keluarga Soon Koh.
 ??  ?? KUNJUNGAN MESRA: Tun Taib berserta isteri ketika merakamkan kenangan bersama keluarga Toh (duduk, enam kiri).
KUNJUNGAN MESRA: Tun Taib berserta isteri ketika merakamkan kenangan bersama keluarga Toh (duduk, enam kiri).
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Tun Taib (tengah), Toh Puan Ragad (tujuh kanan) serta kenamaan lain mer akamkan kenangan bersama Henry (enam kiri) dan keluargany­a.
UNTUK ALBUM: Tun Taib (tengah), Toh Puan Ragad (tujuh kanan) serta kenamaan lain mer akamkan kenangan bersama Henry (enam kiri) dan keluargany­a.
 ??  ?? RAKAN SEJATI: Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Dato Vincent Lau (kiri) beramah mesra dengan Tun Taib (dua kanan) sambil disaksikan oleh Henry (kanan).
RAKAN SEJATI: Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Dato Vincent Lau (kiri) beramah mesra dengan Tun Taib (dua kanan) sambil disaksikan oleh Henry (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia