Utusan Borneo (Sarawak)

Toh Puan Ragad adakan lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Methodist Sibu dan Sibu Benevolent Society

-

Isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib mengadakan lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Methodist Sibu di sini, semalam.

Lawatan itu adalah sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pada lawatan itu, Ragad menyampaik­an sumbangan angpau dan hamper kepada anak-anak yatim, selain sumbangan RM7,000 kepada pusat tersebut.

Lawatan itu turut disertai oleh isteri Timbalan Ketua Menteri Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, isteri Menteri Kewangan Kedua Datin Sri Pauline Leong, isteri Menteri Muda Pengangkut­an Datin Lee Chai Foong dan isteri Menteri Muda E-Dagang Datin Masnah Ahmad.

Sementara itu, Toh Puan Ragad turut meluangkan masa melawat rumah warga emas Sibu Benevolent Society, semalam.

Ketibaan beliau dan rombongan disambut mesra Pengerusi Sibu Benevolent Society John Ting.

Pada lawatan itu, Ragad menyampaik­an sumbangan angpau dan hamper kepada 30 penghuni rumah warga emas, selain sumbangan RM7,000 kepada Sibu Benevolent Society.

 ??  ?? BERKONGSI KEGEMBIRAA­N: Toh Puan Ragad (empat kiri) menyampaik­an angpau kepada salah seorang penghuni wanita rumah warga emas Sibu Benevolent Society, semalam.
BERKONGSI KEGEMBIRAA­N: Toh Puan Ragad (empat kiri) menyampaik­an angpau kepada salah seorang penghuni wanita rumah warga emas Sibu Benevolent Society, semalam.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Toh Puan Ragad (berdiri, tiga kiri), Masnah (kiri), Pauline (dua kiri), Morliah (empat kiri), Lee (lima kiri) dan yang lain bergambar kenangan bersama anak-anak yatim.
UNTUK ALBUM: Toh Puan Ragad (berdiri, tiga kiri), Masnah (kiri), Pauline (dua kiri), Morliah (empat kiri), Lee (lima kiri) dan yang lain bergambar kenangan bersama anak-anak yatim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia