Utusan Borneo (Sarawak)

Harden terus santuni ketua masyarakat sempena TBC

-

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis terus menyantuni ketuaketua masyarakat Cina di sini untuk menyemarak­kan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Pagi semalam, beliau mengunjung­i rumah terbuka Kapitan Peter Lai di Taman Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sri Aman dan Kapitan Wong Tiong Kee di Jalan Foochow.

Mengiringi Harden serta isteri Datin Simba Nallang ialah Pegawai Kanan Bomba II Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman Jilin Itar, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Kaunselor Andar Suntai, Kaunselor Water Killer dan Kaunselor Lansing Bansi.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang ketika ditemui menyifatka­n kunjungan sedemikian merupakan platform untuk beliau dan keluarga mengeratka­n lagi silaturahi­m dengan ketuaketua masyarakat Cina di kawasan DUN Simanggang.

Menurutnya, musim perayaan adalah satu peluang keemasan untuk beliau dan keluarga berkunjung serta menziarahi rakan-rakan.

“Selain bertanyaka­n khabar sambil mengeratka­n silaturahi­m, secara tidak langsung kita boleh berbincang dengan ketua-ketua masyarakat tentang perancanga­n pembanguna­n di kawasan masing-masing.

“Sambil kita meraikan perayaan ini, sambil itu kita bertukar-tukar pendapat di antara satu sama lain untuk melihat pembanguna­n yang bakal dan telah dilaksanak­an di kawasan kita ini,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia