Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kampung Subak rayu jambatan baharu dibina

-

Penduduk Kampung Subak menyuaraka­n hasrat mereka untuk mendapatka­n sebuah jambatan baharu susulan jambatan sedia ada kini semakin uzur.

Ahli Jawatankua­sa Exco Wanita Kebangsaan PKR Zulhaidah Suboh berkata, keselamata­n penduduk di sini perlu dilihat oleh pihak berkuasa berkenaan kerana jambatan sedia ada sudah usang untuk kegunaan mereka.

“Jambatan lama perlu dis- elenggara atau dibina semula oleh kerajaan negeri kerana ia adalah keperluan untuk penduduk Kampung Subak sini,” ujarnya ketika melawat ke kampung tersebut, kelmarin.

Menurut Zulhaidah, beliau menerima keluhan daripada penduduk kampung yang kemudian membawanya melawat jambatan dan jalan raya yang tidak diselengga­ra oleh pihak berkuasa.

Zulhaidah yang juga Ketua Wanita PKR Sibuti mendedahka­n, selain masalah jambatan, penduduk kampung juga mengadu mengenai masalah bekalan air, jalan raya kampung tidak diselengga­ra dan bekalan elektrik di sesetengah kawasan di kampung.

“Saya berharap kerajaan negeri dan wakil rakyat di kawasan tersebut melihat masalah dan isu yang terpaksa dihadapi oleh penduduk Kampung Subak,” ujarnya.

 ??  ?? KERJASAMA: Alias (empat kiri), Matzinan (tujuh kiri), Malik (sembilan kiri) serta yang lain ketika melawat pejabat PPD.
KERJASAMA: Alias (empat kiri), Matzinan (tujuh kiri), Malik (sembilan kiri) serta yang lain ketika melawat pejabat PPD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia