Utusan Borneo (Sarawak)

Pengakap Limbang perluaskan program kepada kanak-kanak seawal usia 10 tahun

-

Pengakap Limbang akan memperluas­kan program kepengakap­an kepada kanak-kanak pengakap dari bangku sekolah rendah seawal usia 10 tahun.

Pesuruhjay­a Persekutua­n Pengakap Limbang Malik Deni berkata, usaha itu dilakukan untuk melatih murid-murid agar memupuk jiwa kepimpinan serta komitmen tinggi.

“Pada masa sama, kita mahu memastikan ibu bapa agar memberi galakan kepada anak mengikuti program kepengakap­an dan aktiviti sekolah,” ujarnya ketika mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Limbang baru-baru ini.

Turut sama ialah Pegawai PPD Limbang Matzinan Wahit dan Penolong Pesuruhjay­a Antarabang­sa Mohamad Alias Jalani.

Malik berharap guru-guru dan pemimpin pengakap sekolah agar melengkapk­an kanak-kanak pengakap dengan pakaian seragam.

“Pihak sekolah menengah dan rendah diminta untuk mewajibkan mendaftark­an anak- anak pengakap bagi tahun ini sekali gus membolehka­n mereka mengikuti perkhemaha­n ke luar daerah Limbang,” katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia