Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS sokong usaha wakil rakyat kerajaan PH dekati PIBG: Ahmad

-

kerana ia telah dilaksanak­an oleh wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini,” ujarnya.

KGBS menegaskan, wakil rakyat GPS harus dialu-alukan oleh semua pihak untuk bekerja bersama dengan PIBG sekolah kerana mereka turut menghulurk­an bantuan.

Ahmad berharap wakil rakyat GPS diberi lebih ruang dan peluang untuk terus membantu sekolah di negeri ini.

“Dengan adanya kerjasama antara PH di peringkat pusat dan GPS di peringkat negeri, KGBS yakin ini akan membawa lebih banyak manfaat kepada sekolahsek­olah di Sarawak terutama dari aspek pendidikan.

Beliau turut menegaskan, isu berkaitan pendidikan terutama di Sarawak tidak harus dikaitkan dengan politik.

Katanya, ini penting bagi memastikan generasi muda di Sarawak terus cemerlang dalam bidang pendidikan pada masa akan datang.

Terdahulu, Ahmad berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Kuching Dr Kelvin Yii yang mengatakan kerajaan PH akan bekerjasam­a rapat dengan PIBG di semua sekolah bagi mendengar keperluan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia