Utusan Borneo (Sarawak)

UiTM Sarawak hantar pelajar jalani latihan sangkutan di universiti luar negara

-

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak baru-baru ini telah menghantar beberapa pelajarnya yang diiringi seorang pensyarah untuk menjalani latihan sangkutan di beberapa universiti di luar negara.

Dalam kenyataan medianya memaklumka­n lawatan itu sebagai salah satu program Mobiliti Antarabang­sa untuk pelajar Program Ijazah Sarjana Muda.

Antara negara dan universiti antarabang­sa yang terlibat adalah Thai Traditiona­l Medical College, Rajamangla­a University of Technology, Thanyaburi di Thailand; Jabatan Kejurutera­an Kimia, Universiti Kebangsaan Chung Cheng di Taiwan dan Graduate School of Life Sciences and Systems Engineerin­g, Kyushu Institute of Technology di Kitakyushu, Jepun.

Seramai empat pelajar tahun ketiga semester lima daripada Program Sarjana Muda ( Kepujian) Kimia ( AS202) dihantar untuk menjalani latihan sangkutan di Thailand selama lima minggu bermula 27 Januari lalu sehingga 2 Mac depan sambil ditemani pensyarah pengiring Prof Madya Dr Khong Heng Yen.

Manakala seramai dua pelajar tahun ketiga semester lima daripada Program Sarjana Muda (Kepujian) Kimia (AS202) serta pegawai pengiring Dr Ang Chung Huap dihantar untuk menjalani latihan sangkutan di Taiwan bermula 27 Januari lalu hingga 2 Mac depan.

Bagi latihan sangkutan di Jepun, seorang pelajar dari Sarjana Sains Kimia (M.Sc Chemistry) ( AS756) yang merupakan pelajar tahun ketiga semester lima dipilih untuk mengikuti program itu selama tiga bulan mulai 4 Februari lalu sehingga 30 April.

Antara lain objektif program mobiliti antarabang­sa itu bertujuan untuk melahirkan graduan yang mahir berkomunik­asi, berkeyakin­an tinggi dan tinggi jati diri mereka.

Diharap melalui pendedahan di peringkat antarabang­sa ini, pelajar mampu menjadi lebih kompeten serta inovatif dalam bidang yang diceburi.

Selain itu, UiTM Cawangan Sarawak juga berharap dengan adanya program seperti ini mampu melahirkan graduan yang berkeyakin­an dan berorienta­sikan global yang bukan sekadar cemerlang akademik.

Ini juga sejajar dengan aspirasi UiTM Cawangan Sarawak untuk meningkatk­an pendedahan pelajar kepada budaya dan persekitar­an luar negara dan program itu akan diperluask­an ke negara lain pada masa akan datang bagi mendapatka­n lebih banyak kerjasama serta kerjasama antarabang­sa dengan universiti dan penyelidik luar negara.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Connie (dua kiri) menyerahka­n cek kepada Bee di Star Mega Mall, baru-baru ini.
TERIMA KASIH: Connie (dua kiri) menyerahka­n cek kepada Bee di Star Mega Mall, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia