Utusan Borneo (Sarawak)

Beliau mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan

-

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam didakwa semula di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta, lima tahun lepas.

Najib, 66, didakwa semula tidak sampai 24 jam selepas Mahkamah Tinggi di sini, melepas tanpa membebaska­nnya daripada tiga tuduhan tersebut, kelmarin.

Ahli Parlimen Pekan itu yang bersut biru, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan berkenaan, Najib didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang keseluruha­nnya RM47 juta, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.

Najib dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup mencadangk­an Najib diikat jamin dengan “jaminan mulut” tanpa penjamin.

“Prosiding pendakwaan pada 28 Jan lepas tidak dikenakan jaminan kerana ia adalah pertuduhan tambahan kepada tuduhan sedia ada di Mahkamah Tinggi, namun pertuduhan semalam belum lagi dibawa ke Mahkamah Tinggi.

“Kami mengambil kira yang tertuduh berdepan banyak pertuduhan sebelum ini dan diikat jamin kira-kira RM6 juta dan pasport diserahkan pada mahkamah, justeru kami bersetuju untuk mencadangk­an ‘jaminan mulut’, ke atas tertuduh bagi kes ini,” katanya.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib berterima kasih kepada pihak pendakwaan yang mencadangk­an jaminan tersebut yang disifatkan satu cadangan adil.

Mahkamah membenarka­n Najib diikat jamin dengan bon peribadi tanpa dikenakan cagaran bagi ketiga-tiga pertuduhan itu.

Terdahulu, Muhammad Shafee memberitah­u mahkamah bahawa ketiga- tiga pertuduhan yang dihadapi Najib semalam adalah pertuduhan serupa yang dihadapiny­a di Mahkamah Tinggi pada 28 Jan lepas, bagaimanap­un Najib dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi kelmarin berikutan terdapat kesilapan membawa kes itu terus ke Mahkamah Tinggi sebelum ke Mahkamah Sesyen.

“Pertuduhan ini secara substantif­nya sama dengan pertuduhan yang dibawa pendakwaan terus ke Mahkamah Tinggi ( pada 28 Jan) dan kelmarin, Peguam Negara mengatakan beliau menarik balik tuduhan itu kerana terdapat kesilapan asas dengan membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi sebelum ke mahkamah lebih rendah,” katanya.

Peguam itu berkata pihaknya juga akan mengemukak­an bantahan terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu berikutan terdapat beberapa kecacatan ketara pada pertuduhan-pertuduhan tersebut.

Mahkamah menetapkan 8 Mac untuk sebutan semula kes.

Pada 28 Jan, Najib, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi terhadap tiga pertuduhan itu dan kelmarin mahkamah sama melepas tanpa membebaska­nnya daripada ketiga-tiga tuduhan itu selepas membenarka­n permohonan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara TommyThoma­s untuk melepas tanpa membebaska­n Najib.

Thomas memaklumka­n mahkamah pihaknya akan mendakwa Najib atas pertuduhan berkenaan di Mahkamah Sesyen.

Kes pengubahan wang haram bermula di Mahkamah Sesyen dan pihak pendakwaan sepatutnya menyebut kes itu di Mahkamah Sesyen sebelum memindahka­n ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanap­un, pada 28 Jan, pihak pendakwaan telah mendakwa Najib terus di Mahkamah Tinggi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITEMU BUAL: Muhammad Shafe ditemui pemberita selepas Najib didakwa semula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta, lima tahun lepas.
— Gambar Bernama DITEMU BUAL: Muhammad Shafe ditemui pemberita selepas Najib didakwa semula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta, lima tahun lepas.
 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA SEMULA: Najib (tengah) didakwa semula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta lima tahun lepas.
— Gambar Bernama DIDAKWA SEMULA: Najib (tengah) didakwa semula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta lima tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia