Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah RM228, lelaki Bangladesh berkemungk­inan dipenjara 20 tahun

-

Seorang buruh binaan warga Bangladesh berhadapan kemungkina­n dihukum penjara 20 tahun gara- gara cuba merasuah seorang anggota polis dengan wang tunai RM228 membolehka­n salinan pasport isterinya digunakan wanita lain.

Md Aiub Ali, 43, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap tuduhan yang dibacakan di bawah Seksyen 17( b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang turut memperuntu­kkan hukuman denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Bagaimanap­un, Hakim Noorhayati Mohamad Yunus menetapkan 20 Feb ini bagi sebutan semula kes berkenaan untuk seorang jurubahasa Bangladesh dipanggil dan didengar di Mahkamah Khas Rasuah.

Md Aiub yang kelihatan sugul selepas membuat pengakuan itu turut tidak dibenarkan diikat jamin memandangk­an dia seorang warganegar­a asing.

Dalam kertas pertuduhan yang dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azlan Basri, tertuduh didakwa cuba memberikan suapan wang tunai itu kepada anggota polis Sjn. Mohamad Khir Bachok pada 1 Feb lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.

Tertuduh dikatakan memberikan suapan itu sebagai dorongan kepada Mohamad Khir menggunaka­n salinan pasport isteri tertuduh bernama Sri Hayumini dijadikan dokumen pengenalan kepada seorang warga Indonesia yang ditangkap kerana disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia