Utusan Borneo (Sarawak)

Penghantar makanan didenda RM3,000, ugut bunuh bekas isteri

-

Seorang penghantar makanan didenda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana mengugut untuk membunuh bekas isterinya melalui pesanan ringkas aplikasi WhatsApp, Isnin lepas.

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman menjatuhka­n hukuman itu ke atas Mohd Zamri Mohd Yunus, 37, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapny­a.

Lelaki itu didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp dengan mengancam hendak membunuh bekas isterinya Marina Ibrahim, 38, seorang pembantu peribadi dengan niat menyebabka­n mangsa berasa takut.

Mohd Zamri dituduh melakukan kesalahan itu d sebuah rumah di Seksyen 4 Wangsa Maju di sini pada jam 8.32 pagi, 4 Feb lepas mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum sembilan tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia menanggung tiga anak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia