Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan guna identiti kaum ukur kekayaan, kemiskinan: Dr Mahathir

Kerajaan berusaha rapatkan jurang perbezaan pencapaian ekonomi rakyat

-

GEORGE TOWN: Identiti kaum tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk menilai kejayaan ekonomi kerana semua rakyat berpeluang untuk meraih kemajuan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha untuk merapatkan lagi jurang perbezaan pencapaian ekonomi yang dialami rakyat sekarang sebagai langkah yang dapat mempercepa­tkan lagi kemajuan negara.

“Kerajaan akan terus berusaha merapatkan (lagi) hubungan ( antara golongan) miskin dan kaya supaya kekayaan negara kita dapat diagih bersama.

Jangan samakan identiti kaum dengan kaya dan miskin,” katanya semasa berucap pada Perhimpuna­n Perdana Perpaduan di Dewan Sri Pinang di sini.

Perhimpuna­n berkenaan bersempena sambutan Hari Perpaduan dan Ulang Tahun ke-15 Majlis Perundinga­n Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP).

Turut hadir isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu

Kita bercita-cita tinggi untuk menjadi negara maju. Kita yakin (mencapainy­a) selagi rakyat bersatu padu, kita dapat mencapai tahap negara maju menjelang 2025. Kita terlewat sedikit tapi biarlah lewat daripada tak mencapai matlamat

langsung. ” (negara maju)

Koon dan Pengerusi MPMNPP Tan Sri Mohd Yussof Latiff.

Tun Mahathir berkata semangat perpaduan yang ditunjukka­n oleh rakyat Malaysia dari sejak awal kemerdekaa­n turut membolehka­n negara ini mengharung­i cabaran rusuhan antara kaum yang berlaku pada tahun 1969.

“Rusuhan biasanya membawa kesan yang panjang tetapi rusuhan 1969 berlaku di Malaysia tamat dalam jangka masa yang pendek sahaja kerana rakyat masih dapat bersatu dan seterusnya menubuhkan kerajaan campuran,” katanya.

Menurutnya, kematangan rakyat turut terserlah sepanjang 14 kali pilihan raya umum yang dijalankan dan pada pilihan raya yang terakhir, negara tetap kekal aman biarpun berlaku perubahan kerajaan yang memerintah.

Beliau berkata keamanan yang dipupuk ini diikuti kedudukan geografi negara yang terlindung daripada bencana alam yang besar menjadi ramuan yang membolehka­n rakyatnya mengatur langkah untuk menjadi rakyat negara maju menjelang 2025.

“Kita bercita- cita tinggi untuk menjadi negara maju. Kita yakin ( mencapainy­a) selagi rakyat bersatu padu, kita dapat mencapai tahap negara maju menjelang 2025. Kita terlewat sedikit tapi biarlah lewat daripada tak mencapai matlamat (negara maju) langsung,” katanya. — Bernama

Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Dr Mahathir bersama wakil pelbagai etnik memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian Perhimpuna­n Perdana Perpaduan 2019 sempena penyambuta­n Hari Perpaduan Negeri Pulau Pinang dan Ulang Tahun ke-15 Majlis Perundingh­an Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP) di Dewan Sri Pinang, dekat George Town, semalam.
— Gambar Bernama RASMI: Dr Mahathir bersama wakil pelbagai etnik memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian Perhimpuna­n Perdana Perpaduan 2019 sempena penyambuta­n Hari Perpaduan Negeri Pulau Pinang dan Ulang Tahun ke-15 Majlis Perundingh­an Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP) di Dewan Sri Pinang, dekat George Town, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TABIK HORMAT: Acara memberi tabik hormat bendera negara peserta oleh pegawai tertinggi Tentera Laut yang menyertai ‘Aman Exercise 2019’ di Karachi, Pakistan dekat Karachi, semalam.
— Gambar Bernama TABIK HORMAT: Acara memberi tabik hormat bendera negara peserta oleh pegawai tertinggi Tentera Laut yang menyertai ‘Aman Exercise 2019’ di Karachi, Pakistan dekat Karachi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia