Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditemui mati tergantung

-

Seorang lelaki ditemui mati tergantung dengan tali terikat pada sebatang pokok berhampira­n Taman Waterfront tapak hospital lama di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superinten­den Zulkipli Suhaili berkata polis Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu menerima panggilan telefon penemuan itu jam 11.43 pagi.

“Mangsa dikenal pasti Hendry Sim Muli berusia 23 tahun,” katanya mengesahka­n kejadian itu di sini semalam.

Susulan itu mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospita Bintulu untuk bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia