Utusan Borneo (Sarawak)

Empat penyelidik muda Malaysia cemerlang di Thailand

-

Empat penyelidik muda Malaysia meraih Anugerah Reka Cipta Muda kategori Reka Cipta dan Inovasi Antarabang­sa Terbaik Dalam Industri bagi pelajar sekolah menengah pada Ekspo Harta Intelek, Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabang­sa Bangkok (IPITEX) 2019 di Bangkok, Thailand.

Mereka ialah Muhammad Amir Mohamad Ghazaly; Muhammad Arif Mohamad Ghazaly; Nur Auni Afiqah Mohd Johari dan Nur Ain Nasirah Zamri dari Sekolah Berasrama Penuh ( SBP) Integrasi Rawang, Selangor yang dipimpin pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Madya Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah.

Pelajar berkenaan mempersemb­ahkan inovasi ‘ Ice Cage’, produk berbentuk rod yang diisi dengan larutan tepu supaya dapat menjimatka­n air dan kos bagi menghasilk­an ais khususnya untuk industri makanan.

Dalam satu kenyataan ssemalam, Mohd Mustafa berkata pencapaian itu amat membanggak­an kerana penyelidik muda negara yang semuanya berumur 16 tahun menunjukka­n kreativiti dan inovas mengagumka­n.

Inovasi tersebut dipamerkan pada IPITEX 2019 di Pusat Perdaganga­n dan Pameran Antarabang­sa Bangkok yang disertai 25 negara antaranya Kanada, Jepun, Iran, Romania dan Poland pada 2 hingga 6 Feb lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia