Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga patuhi kawalan harga sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina

-

Tahap pematuhan peraturan oleh peniaga sepanjang tempoh penguatkua­saan skim kawalan harga sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2019 di seluruh negara adalah sangat tinggi dan semakin baik.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam berkata daripada 26,457 premis yang diperiksa sejak skim itu bermula 31 Jan lepas sehingga kelmarin, hanya 241 pelanggara­n peraturan oleh peniaga dilaporkan.

Beliau berkata kesalahan yang paling banyak direkodkan adalah kegagalan peniaga meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu sebanyak 166 kes, diikuti 73 kes tidak meletakkan tanda harga langsung dan dua kes menjual barang kawalan melebihi harga siling yang ditetapkan.

“Kebanyakan kes ini berlaku di premis runcit. Jumlah nilai rampasan sebanyak RM28,500 dan jumlah kompaun dikenakan sebanyak RM27,300. Di seluruh negara, kementeria­n menerima sembilan aduan sahaja sehingga kelmarin,” katanya semasa ditemui selepas meninjau Pasar Bayan Baru, dekat sini.

Berikutan itu, Saifuddin Nasution yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak berkata kementeria­nnya sedang meneliti cadangan untuk melanjutka­n tempoh pelaksanaa­n skim kawalan harga pada musim perayaan akan datang.

Saifuddin Nasution berkata buat masa ini kementeria­nnya menetapkan tempoh pelaksanaa­n skim kawalan harga untuk Tahun Baharu Cina selama 10 hari, Aidilfitri 15 hari dan Deepavali selama tujuh hari.

“Apakah sekarang kita perlu memanjangk­an tempoh. Itu perkara yang kementeria­n akan memberikan tumpuan khusus sebelum kita menetapkan tempoh kawalan pada musim-musim perayaan akan datang,” katanya.

Menurutnya, kepentinga­n peniaga dan pengguna akan diambil kira sebelum kementeria­n memberi sebarang kata putus berhubung pemanjanga­n tempoh skim kawalan harga itu.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata beliau akan bertemu dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub pada 12 Feb ini bagi membincang­kan punca berlaku kenaikan harga bekalan ikan dan sayursayur­an yang didakwa ekoran daripada kenaikan kos pengangkut­an, upah, bil utilit dan sewaan.

“Kalau ada banyak ‘layer yang terlibat sudah tentu harga itu akan meningkat.

Kami akan meneruskan lagi usaha bagi mengena pasti punca-punca di mana dalam rantaian bekalan berlaku kenaikan harga,” katanya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia