Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta kemalangan, polis temui 10kg daun ketum

-

Seorang wanita warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan ditahan selepas polis menemukan daun ketum seberat 10 kilogram (kg) di dalam bonet kereta pasangan itu, di Jalan Raja Idris, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata penemuan itu susulan kereta yang dipandu oleh lelaki berkenaan telah terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan menghala Jalan Kampung Banjir ke Jalan Raja Idris pada jam 6 pagi.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan berkenaan dan sebaik tiba di lokasi, polis mendapati lelaki yang bekerja sebagai buruh binaan berumur 25 tahun dan wanita bekerja sebagai operator pengeluara­n kilang berusia 22 tahun itu hanya mengalami cedera ringan.

“Bagaimanap­un polis merasa curiga terhadap pasangan itu sebelum menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap kenderaan dan telah menjumpai dua plastik sampah berwarna hitam di bonet bahagian belakang kenderaan tersebut.

“Pemeriksaa­n lanjut menemui daun ketum dianggarka­n seberat 10kg di dalam plastik berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Razali berkata ujian air kencing mendapati keduadua wanita dan lelaki itu negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan kedua-duanya kini ditahan untuk siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia