Utusan Borneo (Sarawak)

TUMPAS:

Jeritan mangsa pukul berjaya berkas dua lelaki

-

BUKIT MERTAJAM: Dua perompak yang menyamun dan memukul seorang lelaki, berjaya ditahan orang ramai, selepas mereka mendengar jeritan mangsa dalam kejadian di Taman Pelangi di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, dua lelaki dengan seorang daripadany­a warga Indonesia telah memasuki rumah sewa mangsa yang berusia 25 ta- hun itu.

“Mereka yang bersenjata­kan pisau telah mengugut mangsa agar menyerahka­n telefon bimbit dan wang, dan lelaki yang ketakutan itu, memberikan telefon bimbitnya serta wang tunai RM250 kepada suspek,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Katanya kedua suspek berumur 30-an itu turut bertindak memukul mangsa, sebelum lelaki berkenaan menjerit meminta tolong dan jiranjiran­nya yang mendengarn­ya, memberikan bantuan, sebelum orang ramai berjaya menahan suspek.

Nik Ros Azhan berkata mangsa yang mengalami kecederaan di kepala menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam, manakala dua lelaki itu kini direman untuk siasatan lanjut.

“Pihak polis ingin mengucapka­n terima kasih atas keprihatin­an, keberanian dan kerjasama orang ramai yang membantu mangsa, serta berjaya menahan dua suspek berkenaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Sabah merampas rokok jenis keretek dan rokok putih dengan nilai rampasan RM786,000 termasuk cukai dan menahan seorang lelaki berusia 36 tahun warganegar­a Filipina, kata Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Madrim Tasan. Kelihatan Datuk Madrim (tengah) menunjukka­n hasil rampasan Kastam pada 1 Februari lepas.
— Gambar Bernama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Sabah merampas rokok jenis keretek dan rokok putih dengan nilai rampasan RM786,000 termasuk cukai dan menahan seorang lelaki berusia 36 tahun warganegar­a Filipina, kata Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Madrim Tasan. Kelihatan Datuk Madrim (tengah) menunjukka­n hasil rampasan Kastam pada 1 Februari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia