Agong dijadual sempurnakan istiadat pembukaan sidang Dewan Rakyat 11 Mac
Persidangan Dewan Rakyat sesi akan datang dijadualkan dari 11 Mac hingga 11 April depan
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah akan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen ke-14 pada 11 Mac ini.
Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata persidangan Dewan Rakyat sesi akan datang dijadualkan dari 11 Mac hingga 11 April depan, iaitu selama 20 hari.
Mohamad Ariff menerima pemakluman mengenai Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen ke-14 itu daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Ketua Majlis selaras dengan Peraturan 11 (2), PeraturanPeraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Mesyuarat Kedua akan bermula dari 1 hingga 18 Julai iaitu selama 12 hari, manakala Mesyuarat Ketiga akan bermula dari 7 Okt hingga 5 Dis selama 36 hari,” katanya.
Sementara itu, Mohamad Ariff berkata persidangan Dewan Negara akan memulakan Mesyuarat Pertama pada 11 Mac dan dari 22 April hingga 9 Mei depan iaitu selama 11 hari.
“Mesyuarat Kedua akan bermula pada 22 hingga 31 Julai depan selama tujuh hari. Mesyuarat Ketiga akan bermula pada 9 hingga 19 Dis selama lapan hari,” tambahnya.
Sultan Abdullah secara rasmi memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke16 pada 31 Jan lepas, selepas
“
Mesyuarat Kedua akan bermula dari 1 hingga 18 Julai iaitu selama 12 hari, manakala Mesyuarat Ketiga akan bermula
hari. ” dari 7 Okt hingga 5 Dis selama 36
Datuk Mohamad Ariff Md Yusof Yang Dipertua Dewan Rakyat
istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan di Istana Negara.
Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa 6 Jan selepas dilantik pada 13 Dis 2016. — Bernama