Utusan Borneo (Sarawak)

Kes tumbuk: Tentera Darat tubuh lembaga siasatan

-

Tentera Darat Malaysia telah menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat kes pegawai kanannya menumbuk anggota bawahan yang bertugas di balai pengawal.

Dalam kenyataann­ya di sini semalam, Tentera Darat Malaysia yang mengesahka­n kejadian itu berlaku di Kem Sungai Udang, Melaka pada 4 Feb lalu, berkata saksi yang terlibat dalam insiden berkenaan juga telah dikenal pasti bagi membantu siasatan.

“Kes sedang dalam siasatan dan ia merupakan kes terpencil yang berlaku dalam Tentera Darat. Tentera Darat mengambil serius isu ini kerana ia bertentang­an dengan peraturan dan disiplin tentera.

“Hasil siasatan akan diteliti sebaik mungkin sebelum se- barang tindakan diambil berdasarka­n undang-undang serta peraturan sedia ada,” demikian menurut kenyataan itu.

Tentera Darat juga member jaminan untuk mengambi tindakan terhadap pihak yang bersalah tanpa mengambil kira pangkat dan kedudukan.

“Diharap penularan isu ini dapat dihentikan bag memberi ruang kepada pihak yang bertanggun­gjawab untuk menyiasat dengan telus dan saksama,” demikian menurut kenyataan itu.

Pada Selasa lepas, rakaman klip video berdurasi 1: 10 saat tular di laman sosia menunjukka­n seorang lelak dipercayai pegawai kanan berpakaian preman menumbuk anggota yang sedang mengawal balai pengawal di sebuah kem. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia