Utusan Borneo (Sarawak)

Maklum balas, cadangan untuk kajian dasar pendidikan negara dilanjutka­n

-

Tempoh bagi mendapatka­n maklum balas serta cadangan untuk kajian dasar pendidikan negara yang sepatutnya berakhir 28 Februari ini dilanjutka­n sehingga Mac, kata Pengerusi Jawatankua­sa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid.

Ibrahim berkata JKD sejak ditubuhkan pada 18 Okt tahun lepas telah mengadakan siri pertemuan dengan kirakira 2,500 pihak berkepenti­ngan bagi mendapatka­n maklum balas sama ada secara bersemuka, sesi dialog awam, taklimat dan syarahan umum.

Lebih 2,000 maklum balas secara dalam talian turut diterima dengan sebahagian daripada pandangan tersebut ‘mengagumka­n’, katanya.

“Kita (JKD) percaya laporan kajian yang akan dikemukaka­n kepada Kementeria­n Pendidikan pada 30 April ini akan membawa perubahan kepada dasar pendidikan negara,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebelum ini mengumumka­n penubuhan JKD sebagai badan bebas untuk mengkaji dasar pendidikan negara selain Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025 (prasekolah hingga lepasan menengah) dan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2015- 2025 ( pen- didikan tinggi).

JKD yang dianggotai 13 anggota itu bekerjasam­a dengan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) untuk mengkaji dasar pendidikan negara sebelum membuat syor kepada Kementeria­n Pendidikan pada 30 April ini.

Cadangan boleh dikemukaka­n melalui pautan https:// goo.gl/forms/fq0dj2BFqQ­Po- GEZx1 atau melalui e-me kepada jkkdpn@gmail.com atau menulis surat kepada sekretaria­t JKD, Bahagian Perancanga­n dan Penyelidik­an Dasar Pendidikan, Kementeria­n Pendidikan, Aras 3 Blok E8, Kompleks E, 62604 Putrajaya.

Ibrahim berkata Malaysia mewarisi model pendidikan yang baik daripada British yang berasaskan kepada model Universiti Oxford dan Universiti Cambridge, namun perkembang­an budaya, sains dan teknologi memerlukan perubahan kepada dasar pendidikan.

“Lembaga Peperiksaa­n kita ada kaitan dengan Cambridge Examinatio­ns Syndicate, kita mewarisi Inspectora­te o Schools, kita juga warisi protokol membina kurikulum dan model pendidikan guru yang antara yang terbaik.

“Kita mewarisi semua in dan kita membangun, tetap ada beberapa perkara yang kita perlu jelas. Pembanguna­n bukan one-off tetapi berterusan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Ibrahim pada sidang media di Kementeria­n Pendidikan dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Ibrahim pada sidang media di Kementeria­n Pendidikan dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia