Utusan Borneo (Sarawak)

Warga kerja UTHM perlu amanah dan lakukan perubahan

-

Seluruh warga kerja Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diingatkan supaya menjaga amanah yang dipertangg­ungjawabka­n selain bersedia untuk mengubah diri ke arah lebih baik.

Naib Canselor UTHM Dr Wahid Razzaly berkata warga kerja universiti itu perlu menerapkan amalan positif itu agar hala tuju diperkenal­kan Kementeria­n Pendidikan melalui Menterinya, Dr Maszlee Malik iaitu ‘Sekolah Untuk Komuniti dan Universiti Untuk Masyarakat’ tercapai.

“Terdapat tiga hala tuju yang boleh dijadikan kompas dan paksi pergerakan warga kerja UTHM semasa bekerja iaitu Mengembali­kan Cinta Dalam Pendidikan; Ketinggian Kualiti Sebagai Pemangkin Kecemerlan­gan, Relevensi dan Keberkesan­an; serta Autonomi dan Akauntabil­iti,” kata Wahid pada Majlis Perutusan Naib Canselor 2019, baru-baru ini, menerusi kenyataan dikeluarka­n UTHM, di sini, semalam.

Beliau berkata ketiga-tiga hala tuju itu akan menjadi teras kepada agenda perubahan universiti dalam memastikan UTHM menjadi universiti yang relevan kepada masyarakat sekali gus mampu melahirkan lebih banyak jurutera dan pakar teknologi yang profesiona­l untuk negara.

Katanya sebagai sebuah institusi yang bertanggun­gjawab melahirkan golongan profesiona­l, UTHM turut berhasrat meningkatk­an bilangan enrolmen pelajar kepada 19,000 orang selaras dengan Pelan Tindakan (Blueprint) Universiti 2015-2025.

Menurut Wahid, bagi menjadikan UTHM sebagai kampus pintar, universiti berkenaan melancarka­n aplikasi QRPAY@UTHM, pada majlis perutusan itu, bagi membolehka­n warga kampus melakukan pembayaran secara ‘Cardless and Cashless’ dengan hanya menggunaka­n telefon bimbit.

Katanya, urus niaga yang dijangkaka­n terlibat adalah pembelian buku, pembayaran perubatan dan kafeteria di dalam kampus, malah warga universiti juga boleh menderma ke tabung masjid UTHM melalui aplikasi itu.

UTHM juga katanya turut melancarka­n kempen ‘Sayangi UTHM’ dengan menumpukan kepada kerja amal berimpak tinggi yang menggabung­kan persatuan kakitangan universiti.

Kempen tersebut melibatkan lima kluster iaitu Kampus Ceria, Prihatin Ummah, Pesan Sejahtera, Alam Lestari dan Ringgit yang menjadi wadah warga UTHM melibatkan diri dalam kerja-kerja kesukarela­wan.

Menurut kenyataan terbabit, majlis perutusan yang diadakan saban tahun tersebut merupakan platform bagi Naib Canselor membentang­kan refleksi pencapaian tahun sebelumnya, perancanga­n serta indeks pengukur prestasi (KPI) universiti bagi tahun semasa untuk dikongsika­n kepada seluruh warga kerjanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia