Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri Besar Negeri Sembilan lapor polis, dakwa diri difitnah

-

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan semalam membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook ‘Abd Aziz Jenthan’ yang didakwa memuat naik kenyataan berunsur fitnah terhadap Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Faiz Abdullah, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, di sini kira- kira 1 petang semalam.

Laporan ini dibuat bagi membersihk­an nama menteri besar selain mahu pihak polis dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat individu terbabit katanya kepada Bernama.

Faiz mendakwa individu terbabit membuat fitnah berdasarka­n ucapan Aminuddin pada Kursus Profesiona­lisme Keguruan Sekolah Agama Rakyat Negeri Sembilan d Seremban, Rabu lepas.

Antara lain, Aminuddin didakwa membuat kenyataan beliau memeriksa semua surau dan masjid di Negeri Sembilan kosong tanpa jemaah, justeru tapak masjid harus diserahkan kepada DAP untuk dimanfaatk­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia