Utusan Borneo (Sarawak)

Sedia untuk perlawanan tetangga ‘hangat’

Courtois menjangkak­an ‘kemarahan’ Atletico Madrid pada aksi La Liga malam ini

-

Ia berlaku dalam bola sepak, ia adalah perlawanan tetangga dan perlawanan tetangga di sini di Madrid sentiasa

” hangat.

Thibaut Courtois

Penjaga gol Real Madrid

MADRID: Thibaut Courtois meninggalk­an Chelsea dalam suasana yang buruk pada musim lepas dan dia juga menjangka akan merasai kemarahan daripada Atletico Madrid apabila dia menentang mereka sebagai pemain Real Madrid pada malam ini (Sabtu).

Courtois menjadi salah seorang penjaga gol terbaik di dunia selama tiga tahun dia dipinjamka­n kepada Atletico tetapi dia akan menentang kelab lamanya, dan rakannya dalam pasukan Chelsea, Alvaro Morata, dalam perlawanan tetangga kota raya yang mungkin terbukti penting pada hujung minggu ini.

Real tiba selepas memenangi empat perlawanan La Liga dan akan melonjak di atas pasukan lain dengan kemenangan di stadium Wanda Metropolit­ano.

Atletico sudah ketinggala­n enam mata di belakang Barcelona dan sedang berusaha untuk terus memberikan tekanan.

Bagi Courtois, pertemuan semula dengan pasukan Diego Simeone bukan sesuatu yang baharu – dia menentang mereka dua kali bersama Chelsea dalam Liga Juara-Juara pada musim lepas dan sekali lagi di stadium Santiago Bernabeu pada September lalu – tetapi ini adalah pengalaman pertamanya di hadapan penyokong Atletico, sebagai pemain Real Madrid.

“Ia berlaku dalam bola sepak, ia adalah perlawanan tetangga dan perlawanan tetangga di sini di Madrid sentiasa hangat,” kata Courtois.

“Mereka akan bersiul dan menjerit, segalanya yang akan akan jangkakan, ia adalah sebahagian daripada bola sepak. Saya akan sentiasa menghormat­i mereka. Sekarang saya bermain untuk pasukan lawan.”

Courtois membantu Atletico memecah penguasaan Barca dan Real dengan memenangi La Liga pada 2014, selain turt menjulang Liga Europa, Copa del Rey dan Piala Super sewaktu dia bersama kelab itu.

“Masih ada ramai pemain yang saya kenali di sana, jurulatih penjaga gol, jurulatih, semua mereka masih sama,” kata Courtois.

“Ia masih perlawanan yang istimewa, saya amat menghormat­i penyokong dan kelab itu, pada akhirnya mereka memberi saya peluang untuk bermain ketika saya baharu berusia 19 tahun. Saya hanya ada memori yang indah.”

Musim Courtois telah menunjukka­n trajektori yang sama dengan musim pasukannya. Permulaan goyah, apabila Julen Lopetegui menggilirk­annya dengan Keylor Navas, sebelum menunjukka­n peningkata­n yang jelas, dan Courtois kini sudah membuktika­n diri selaku pilihan pertama Santiago Solari.

Madrid juga sudah perlahanla­han mencapai momentum di bawah Solari dan, walaupun prestasi menurun pada awal tahun, mereka sudah menemui rentak sejak beberapa minggu lepas.

“Saya rasa bagus sekarang. Ia memakan sedikit masa untuk menyesuaik­an diri dan memahami pasukan sepenuhnya tetapi ia berjalan dengan sangat baik sekarang,” kata Courtois.

“Jika kami mahu mengurangk­an jurang dan memenangi trofi, ini adalah bulan di mana kami perlu bermain pada tahap terbaik.”

Seperti Courtois, Morata berusaha gigih untuk kembali ke Sepanyol dan kehendakny­a ditunaikan pada bulan lepas, setelah prestasiny­a menjunam di Chelsea.

Eden Hazard mungkin pemain seterusnya, dan pemain berusia 28 tahun itu dijangka akan mengekori Courtois ke Real pada musim panas.

Selepas lapan kemenangan berturut- turut dalam liga, Barcelona kini sudah seri dengan Valencia dan Real Madrid dalam Copa del Rey.

Mereka menghadapi kunjungan yang rumit ke Athletic Bilbao esok (Ahad) tetapi Ernesto Valverde berharap Rabu ini Lionel Messi cergas untuk bermain di San Mames. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PENUH BERSEMANGA­T: Courtois (tengah) sedang berlatih dengan rakan sepasukan di pusat latihan kelab di Madrid.
— Gambar AFP PENUH BERSEMANGA­T: Courtois (tengah) sedang berlatih dengan rakan sepasukan di pusat latihan kelab di Madrid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia