Utusan Borneo (Sarawak)

Copa del Rey: Valencia, Betis terikat 2-2

-

Valencia melancarka­n satu lagi kebangkita­n lewat dalam kejohanan Piala apabila jaringan Kevin Gameiro merampas keputusan seri 2-2 dengan Real Betis dalam perlawanan separuh akhir pusingan pertama Copa del Rey di stadium Benito Villamarin kelmarin.

Betis, yang bermain pada peringkat separuh akhir buat pertama kali sejak mereka menjulang trofi itu pada 2005, menjaringk­an gol pendahulua­n dalam perlawanan separuh akhir pusingan pertama itu apabila Loren menanduk bola ke dalam gawang selepas rutin sudut pendek sejurus sebelum waktu rehat.

Kelab Seville itu kelihatan seperti semakin mendekati perlawanan akhir di tempat sendiri menentang sama ada Barcelona atau Real Madrid apabila bekas pemain sayap Sepanyol berusia 37 tahun Joaquin menjaringk­an gol terus daripada tendangan sudut, tetapi Denis Cheryshev meletakkan Valencia di hadapan 20 minit sebelum tamat.

Pasukan pelawat Valencia, selepas dua kali menjaringk­an gol dalam masa kecederaan untuk menyingkir­kan Getafe pada peringkat suku akhir, menyamakan kedudukan pada minit ke-92 apabila pemain gantian Gameiro menolak masuk bola hantaran lintang yang rendah daripada Rodrigo.

Kedua-dua pasukan akan bertemu lagi di stadium Mestalla pada 28 Februari. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI SEBENAR: Antara babak aksi perlawanan Piala Perancis di antara Guingamp dan Lyon di Stadium Roudourou.
— Gambar AFP AKSI SEBENAR: Antara babak aksi perlawanan Piala Perancis di antara Guingamp dan Lyon di Stadium Roudourou.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia