Utusan Borneo (Sarawak)

Lyon atasi Guingamp 2-1 pada aksi perlawanan Piala Perancis

-

Bekas penyerang Celtic Moussa Dembele terus mempamerka­n prestasi yang mantap dengan gol pembukaan apabila Lyon menewaskan Guingamp 2-1 untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Perancis kelmarin.

Lyon, yang memburu trofi penting pertama sejak 2012, akan menentang Caen pada peringkat suku akhir dalam masa tiga minggu lagi.

Pasukan pelawat menyusuli kemenangan 2-1 mereka ke atas pendahulu Ligue 1 Paris Saint- Germain ( PSG) pada hujung minggu lepas dengan menewaskan Guingamp, kelab tercorot dalam liga utama Perancis.

Dembele meletakkan pasukan Bruno Genesio di hadapan pada minit ketujuh apabila dia menyambut bola tendangan jauh ke hadapan dan menolak masuk golnya yang kelima dalam enam perlawanan.

Maxwel Cornet merembat masuk bola hantaran lintang Ferland Mendy empat minit selepas waktu rehat untuk me- namatkan kempen Guingamp dalam kejohanan Piala walaupun memperoleh­i gol saguhati lewat menerusi Alexandre Mendy.

PSG, juara bertahan yang akan menentang Manchester United pada peringkat 16 terakhir Liga Juara- Juara pada minggu depan, memerlukan masa tambahan untuk menewaskan kelab divisyen ketiga Villefranc­he

3-0 pada Rabu lepas untuk mara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia