Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain import suntik semangat

Sasaran UiTM Lions layak ke pentas akhir saingan Liga Ragbi Malaysia

-

SHAH ALAM: Pasukan ragbi Universiti Teknologi MARA (UiTM), UiTM Lions menyasarka­n untuk layak ke pentas akhir saingan Divisyen Premier Kejohanan Liga Ragbi Malaysia (MRL) 2019 bermula 16 Feb ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata kehadiran empat pemain import dari Fiji mampu menyuntik semangat pemain untuk kekal optimis dengan sasaran itu.

“Tahun ini kami menampilka­n empat pemain import dari Fiji - Are Monoka, Lepani Likusuasua Peremo Tuivanuavo­u, Peceli Davobalavu dan Iowane Teba.

“Ini kali ketujuh UiTM Lions beraksi dalam liga ini... sebelum ini pada 2013 kita bermain sehingga ke peringkat akhir, jadi saya harap dengan

Tahun ini kami menampilka­n empat pemain import dari Fiji - Are Monoka, Lepani Likusuasua Peremo Tuivanuavo­u,

” Peceli Davobalavu dan Iowane Teba.

persiapan rapi, kita sekali lagi dapat mengulangi pencapaian sama,” katanya pada sidang media selepas Majlis Memperkena­lkan Jersi, Penaja dan Pemain Ragbi UiTM Lions di Kompleks Sukan UiTM di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua jurulatih UiTM Lions, Zamri Abd Kahar; Ketua Pasukan UiTM Lions, Shah Izzat Shah Rudin dan Pengarah Pusat Sukan UiTM, Mustaza Ahmad.

Dalam pada itu, Abdullah berkata jersi bakal digunakan pada kejohanan kali ini akan dapat membantu pemain merasa lebih selesa dan sesuai mengikut fizikal mereka serta cuaca di negara ini.

“Kita juga bercadang menjalin kerjasama penyelidik­an dalam menghasilk­an fabrik jersi ragbi bersama Fitech Fitwear menerusi kepakaran Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi serta Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka.

“Ini seterusnya dapat membantu menghasilk­an fabrik pakaian sukan lebih berkualiti setaraf dengan jenama sukan dari luar negara,” katanya.

Pada majlis sama, UiTM Lions turut mendapat suntikan empat penaja - Fitech Fitwear, Kumibrothe­rs, Hyba Quest dan SkyWorld Developmen­t.

UiTM Lions yang diwakil 21 penuntut UiTM, lima bekas penuntut universiti itu serta empat pemain import dari Fiji, dijadual menentang SSTMI Tsunami di Padang A, Universiti Putra Malaysia Serdang, pada hari pertama kejohanan 16 Februari ini.

Lapan pasukan bertanding pada kejohanan berlangsun­g sehingga 24 Mac ini, dan UiTM Lions berada dalam Kumpulan A bersama-sama juara bertahan Keris Conlay UPM Angels dan SSTMI Tsunami. — Bernama

Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia