Ridzuan tekad pertahan pingat emas pada Paralimpik 2020
Gelaran Atlet Para Lelaki Terbaik Asia 2018 menjadi pembakar semangat buat atlet paralimpik elit negara, Moham- a d Ridzuan Mohamad Puzi u n t u k mempertahankan pingat emas pada Sukan Paralimpik
2020 di Tokyo, Jepun.
Mohamad Ridzuan atau lebih mesra deng a n panggilan Dik Wan, 31, menerima anugerah berkenaan daripada Jawatankuasa Paralimpik Asia ( APC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada awal pagi Rabu, sebagai pengiktirafan kepada atlet para yang cemerlang di rantau Asia. Mohamad Ridzuan yang meraih pingat emas acara 100m T36 (celebral palsy) pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, berkata pengiktirafan itu merupakan hadiah paling bermakna. “Terima k a s i h kepada semua termasuk keluarga, jurulatih, Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta penyokong yang tidak pernah jemu memberi semangat dan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada saya. Perjuangan ini tidak bermakna tanpa sokongan anda.
“Saya berpuas hati dengan pengiktirafan ini kerana segala usaha saya berbaloi dan dihargai, bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat Asia,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kelmarin.
Atlet berasal dari Padang Besar, Perlis itu berkata beliau sudah bersedia untuk memulakan latihan bagi mengejar impian peribadinya itu. — Bernama SAAT MANIS: Mohamad Ridzuan menunjukkan trofi dan sijil yang dimenanginya selepas dinobatkan sebagai Atlet Lelaki Terbaik Asia 2018.