Utusan Borneo (Sarawak)

Bengkel Pengenalan Sukan Terjun bagi pencarian bakat atlet-atlet berpotensi

-

Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) melalui Bahagian Pembanguna­n Sukan (Unit Sukan Individu: Sukan Terjun) mengadakan Bengkel Pengenalan Sukan Terjun di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya di sini.

Program awal Pencarian Bakat Fasa I itu dijalankan pada 29 dan 30 Januari lalu di beberapa buah sekolah seperti SK Wira Jaya, SK Satria Jaya dan SK RPR Jalan Astana di sini.

Sehubungan itu, bengkel tersebut juga akan diadakan untuk kali keduanya pada 23 Februari ini untuk dua buah sekolah iaitu SJK Chung Hua No. 5 dan SK St Paul Kuching.

Dua buah sekolah berikut telah menjalani Program Pencarian Bakat Fasa I pada 31 Januari dan 1 Februari lalu.

Program ini adalah untuk pencarian bakat sukan terjun dan program bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan serta pengenalan awal kepada murid-murid sekolah rendah mengenai sukan terjun.

Selain itu, ia boleh memupuk minat murid- murid menyertai sukan ini sekali gus membangunk­an sukan terjun di Sarawak dan Malaysia.

Kehadiran murid- murid dan sokongan ibu bapa amat memberangs­angkan semasa bengkel diadakan dengan kehadiran seramai 101 orang murid- murid dan sasaran penyertaan bengkel hanya 50 orang pada permulaann­ya.

Bengkel itu dikendalik­an oleh PSS di bawah Program Pembanguna­n Sukan (PPS) diketuai Jurulatih Pusat Permulaan Sukan Terjun, Wesley Inyau Wella dibantu Ketua Jurulatih baharu Shi Yang, Penolong Ketua Jurulatih, Rosatimah Muhammad dan Jurulatih Pusat Cemerlang, Carlysle Chan.

Program ini dikelolaka­n oleh Pegawai Pembanguna­n Sukan Terjun, Stella James Martin dibantu beberapa orang pegawai pembanguna­n sukan.

Majlis penutupan dan penyampaia­n cenderamat­a sebagai penghargaa­n kepada wakil sekolah-sekolah terlibat disempurna­kan oleh Ahmad Jumry Kassim mewakili Pengurus Bahagian Pembanguna­n Sukan.

Dalam ucapannya, beliau berterima kasih kepada semua hadirin dan mengharapk­an agar program tersebut dapat berjalan lancar dan diteruskan untuk mencari ramai pelapis sukan terjun Sarawak.

Selain itu, beliau berharap murid-murid akan bersungguh-sungguh dan memberi komitmen semasa latihan sekiranya ingin menjadi seorang atlet yang berjaya.

Dengan adanya program ini, lebih ramai atlet elit terjun dapat dilahirkan bukan hanya mewakili Sarawak malah mewakili negara ke peringkat lebih tinggi seperti Sukan Olimpik sebagai contoh, Ratu Terjun Negara Pandelela Rinong dan bekas penerjun negara, Bryan Nickson Lomas.

 ??  ?? BENGKEL TERJUN: Sebahagian peserta terdiri murid-murid sekolah rendah sekitar Kuching menyertai bengkel sukan terjun bersama jurulatih.
BENGKEL TERJUN: Sebahagian peserta terdiri murid-murid sekolah rendah sekitar Kuching menyertai bengkel sukan terjun bersama jurulatih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia