Utusan Borneo (Sarawak)

Larian solo Dr Suwaibah perlu dana ASD1 juta

-

PELARI solo negara Mej (K) Dr Suwaibah Muhammad Nasir berkata beliau memerlukan dana kira-kira ASD1 juta (RM4 uta) bagi melengkapk­an Jelajah Kemanusiaa­n Menakluk 30 Menara Tertinggi Dunia.

Beliau berkata dana itu diperlukan bagi menampung kos yang tinggi termasuk penginapan, tiket kapal terbang, permohonan visa serta perkara berkaitan bagi melengkapk­an misi tersebut.

“Setakat ini, saya mendapat penajaan daripada GISB Holding Sdn Bhd yang menaja misi di 14 negara namun syarikat itu hanya memberi penajaan dalam bentuk tiket kapal terbang dan penginapan sahaja selain beberapa penajaan daripada pihak lain.

“Saya jangka dapat menawan empat menara pada setiap bulan namun a bergantung kepada kelulusan sesebuah negara yang akan dilawati,” katanya kepada pemberita pada Majlis Memperkena­lkan Pelari Solo Negara dan Tayangan Perdana Telefilem ‘Meigho’ yang dirasmikan Menteri Pertahanan yang juga Penaung Misi Keamanan Mohamad Sabu.

Hadir sama Pengarah Telemovie ‘Meigho’ Zack Zaideen dan merupakan karya sulung ZZ Karya Production Sdn Bhd.

Suwaibah anak kelahiran Kampung Lubuk Rotan Tawar, Tanah Merah itu berkata beliau akan cuba menghabisk­an larian solonya di negara Asia Tenggara dan dalam masa yang sama akan cuba membuat permohonan di negara-negara yang telah ditetapkan.

“Negara yang kurang masalah birokrasi kami akan tempuh dulu dengan mengadakan kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan menerusi penglibata­n badan bukan kerajaan (NGO).

“Dalam masa terdekat saya akan menawan Menara Ostankino di Moscow, Rusia yang berketingg­ian 540 meter dan merupakan menara telekomuni­kasi yang tertinggi di negara berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Zack berkata tayangan perdana telefilem berkenaan juga bertujuan membantu mengutip dana bagi membantu melengkapk­an misi Suwaibah.

“ZZ Karya Production berasa bertanggun­gjawab untuk menghulurk­an sumbangan kepada Suwaibah dan dalam masa yang sama, menerusi tayangan perdana ini, kami juga dapat memperkena­lkan beliau kepada masyarakat,” katanya.

Telefilem bergenre seram itu mengisahka­n kisah pelacur bernama Jaghoh yang menawan hati pelanggann­ya dengan memelihara hantu raya dan berkisar mengenai sisi gelap kehidupan masyarakat Kelantan di Biarritz Park atau dikenali oleh masyarakat Kota Bharu sebagai ‘Dalam Show’ sekitar tahun 1960-an. — Bernama DUA beradik yang tinggal bersama ibu saudara mereka di Taman Sri Tanjung di Sungai Petani merayu ibu kandung, Norasilah Mat Lazim, 33, yang hampir dua tahun tidak berjumpa agar dapat pulang menemui mereka.

Nur Qistina Balqis Mohd Shah Rezan, 13, dan Nur Aleesya Balqis, 10, kini hanya menumpang kasih Norafiza, 40, kakak kepada ibu mereka selepas kali terakhir berjumpa dengan Norasilah pada Oktober 2017.

Nur Qistina berkata dia serta adiknya itu sangat merindui ibu mereka dan mengharapk­an Norasilah dapat pulang ke pangkuan mereka sekali gus dapat tinggal bersama.

“Kali terakhir saya dapat cakap dengan mak bulan lepas (Januari), mak ada telefon bercakap dengan kami. Mak tanya kami sihat dak...mak cuma habaq (beritahu) nanti mak balik, mak kena kerja cari duit tetapi mak tak habaq dia duduk (tinggal) mana (sekarang),” katanya kepada pemberita di Sungai Petani semalam.

Sementara itu, Norafiza berkata kali terakhir dia berjumpa dengan adiknya itu semasa Norasilah pulang untuk memberi penghormat­an terakhir kepada bapa mereka yang meninggal dunia pada 30 Okt 2017 di sini setelah empat tahun keluar dari rumah itu pada 2013.

“Mak ayah depa (dua beradik itu) memang dari awal tinggal sekali dengan arwah mak ayah saya di rumah di Taman Sri Tanjung ini.

Tetapi selepas mak saya meninggal dunia pada 2013, adik saya dan suaminya keluar rumah, tak balik-balik. Jadi, ayah saya yang menjaga makan minum serta persekolah­an budak-budak ini,” katanya.

Norafiza berkata sewaktu adiknya pulang pada Okt 2017 itu ada memaklumka­n kepadanya bahawa dia mahu pulang semula ke Alor Setar untuk berpindah dan tinggal bersama dua anaknya di rumah itu namun tidak berbuat demikian.

“Semasa dia (Norasilah) pulang pada Oktober 2017, dia tak balik dengan suaminya, dia balik dengan kawan-kawan dia, itu pun sekejap sahaja hendak tengok ayah kami yang dah meninggal dunia. Jadi, saya tak tahu sekarang macam mana status mereka suami isteri, adakah masih bersama ataupun sudah berpisah, saya tak pasti,” katanya.

Norafiza berkata dia cuba menghubung­i adiknya itu menerusi nombor telefon yang digunakan adiknya menghubung­i dua beradik itu pada Januari lepas namun gagal dihubungi malah bapa kepada dua anak saudaranya itu pun kini tidak dapat dikesan berada di mana.

“Saya dan suami yang sebelum ini tinggal di Alor Setar, berpindah masuk ke rumah pusaka di taman ini selepas ayah meninggal dunia. Kamilah yang menjaga dua beradik ini sekarang, makan minum dan persekolah­an mereka kami yang uruskan,” katanya.

Dia berkata keadaan bertambah rumit kini apabila dua beradik itu terpilih mewakili sekolah mereka ke Program Pengantara­bangsaan Ko-Kurikulum Sekolah untuk sukan taekwondo di Thailand pada Mac depan.

Norafiza berkata urusan dokumentas­i untuk permohonan pasport tergendala berikutan memerlukan keizinan ibu kandung sendiri untuk ke luar negara bagi budak bawah umur.

“Saya dan suami tidak boleh berikan keizinan untuk urusan permohonan pasport ini sebabnya tidak ada bukti secara bertulis mengatakan kami adalah penjaga sah kepada dua beradik ini,” katanya sambil menambah suaminya Mat Tabri Mohd Bahadon, 44, hanya bekerja kampung mengambil upah membuat kerja bendang,

Sehubungan itu, suri rumah itu berkata dia dan suami terpaksa pergi ke pejabat Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memohon hak penjagaan dua beradik itu secara sah bagi memudahkan urusan permohonan pasport mereka sekali gus dapat ke Thailand nanti.

Kepada sesiapa yang mengenali Norasilah dan mengetahui dia berada di mana boleh menghubung­i Norafiza di talian 0143411776. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MERSA: Mohamad dengan mereka yang hadir pada Majlis Tayangan Perdana filem Meigho dan Memperkena­lkan Pelari Solo Negara Mej (K) Dr Suwaibah Muhammad Nasir di Kota Bharu, baru-baru ini.
— Gambar Bernama RAMAH MERSA: Mohamad dengan mereka yang hadir pada Majlis Tayangan Perdana filem Meigho dan Memperkena­lkan Pelari Solo Negara Mej (K) Dr Suwaibah Muhammad Nasir di Kota Bharu, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH: Mohamad menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Pelari Solo Negara Mej (K) Suwaibah (kiri) pada Majlis Tayangan Perdana Filem Meigho dan Memperkena­lkan Mej (K) Suwaibah.Turut hadir Ketua Pemuda Pakatan Harapan Kelantan Khairul Amin Ad Rahman.
— Gambar Bernama SERAH: Mohamad menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Pelari Solo Negara Mej (K) Suwaibah (kiri) pada Majlis Tayangan Perdana Filem Meigho dan Memperkena­lkan Mej (K) Suwaibah.Turut hadir Ketua Pemuda Pakatan Harapan Kelantan Khairul Amin Ad Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia